Berita MAIS

PROGRAM IBADAH KORBAN, ERATKAN UKHWAH MAIS BERSAMA JABATAN HAL EHWAL ISLAM SELANGOR, AGENSI DAN ANAK SYARIKAT
SHAH ALAM, 1 Julai 2023 – Program Ibadah korban bukan sahaja dapat mengeratkan ukhwah, malah menyuburkan semangat kerja berpasukan dan gotong royong dalam kalangan umat Islam. Sempena Hari Raya Eidul Adha 1444H, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak ketinggalan dalam melaksanakan amalan bagi program tersebut. Program Ibadah Korban MAIS yang berlangsung, membabitkan Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, Agensi dan Anak Syarikat MAIS. Sebanyak 17 ekor lembu dikorbankan dan dagingnya diagihkan kepada golongan asnaf yang berhampiran dan warga kerja di Bangunan Sultan Idris Shah(BSIS). Program ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga kerja di BSIS. Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor yang terlibat dalam program ini ialah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS). Tidak ketinggalan turut serta agensi dan anak syarikat MAIS iaitu Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS turut hadir memeriahkan majlis hari ini. Hadir sama, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Farid Ravi Abdullah, Anggota MAIS, Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS, dan Encik Zaharudin Salim, Ketua Audit Dalam. PROGRAM IBADAH KORBAN, ERATKAN UKHWAH MAIS BERSAMA JABATAN HAL EHWAL ISLAM SELANGOR, AGENSI DAN ANAK SYARIKAT SUNGAI BESAR – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian… Berita Penuh July 3, 2023 MAIS SAMPAI TAKLIMAT KESEDARAN KEPADA PELAJAR SEKOLAH AGAMA MENENGAH TENGKU AMPUAN JEMAAH, SUNGAI BESAR SUNGAI BESAR – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian… Berita Penuh June 27, 2023 AGIHAN FIDYAH MAIS RM26,880.00 DIAGIH KEPADA 60 PENERIMA YANG LAYAK 25 Jun – Alhamdulillah selesai agihan fidyah Majlis Agama Islam… Berita Penuh June 27, 2023 MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) TERIMA KUNJUNGAN HORMAT JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) SHAH ALAM, 22 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh June 23, 2023 HARI INI 250 KELUARGA SEKITAR DAERAH PETALING DIBANTU 22 Jun 2023 – 250 buah keluarga menerima agihan fidyah… Berita Penuh June 23, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor