Senarai Rumah Permulihan 

3 senarai rumah permulihan terdiri daripada :

PUSAT PERMURNIAN AKIDAH BAITUL IMAN MAIS

“ Menyediakan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling kepada Individu
Serta Kumpulan Islam Yang Memerlukan Pemulihan Akidah ”

PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN MAIS

“Menguruskan Perkhidmatan Perlindungan, Pemulihan, dan Kaunseling kepada Kumpulan Wanita
dan Gadis yang terlibat dengan Gejala Sosial dan Akidah”

PUSAT PEMULIHAN BAITUL ISLAH MAIS & AADK

“Mengurus dan menyelia hal ehwal pentadbiran Pusat Pemulihan Baitul Islah
bagi tujuan pemulihan pesakin HIV/AIDS”

Pusat Permurnian Akidah Baitul Iman MAIS

“Menyediakan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling kepada Individu Serta Kumpulan Islam Yang Memerlukan Pemulihan Akidah”

Baitul Iman 1
Baitul Iman 2

1. Sejarah Penubuhan (Ringkas)
1998 – Cetusan Tan Sri Hashim Meon (S.U.K 1995-1999)
diarahkan kepada Bahagian RnD, Jabatan Agama Islam Selangor
– Respon kepada fatwa-fatwa ajaran sesat Jabatan Mufti Selangor 1994
2000 – Beroperasi di Kem Briged Askar di atas Bukit Ulu Yam
– Perjawatan 3 Pegawai JAIS
2005 – Perubahan struktur pentadbiran dari JAIS ke MAIS
2010 – Perpindahan Operasi sementara ke 2 buah unit Kuarters
JKR, Kuala Kubu Bharu
2012 – Perpindahan Bangunan baharu di Jalan Sungai Tua,
Ulu Yam (21/9/2012)
Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman merupakan Pusat Pemulihan Akidah dan akhlak (sosial) yang menempatkan pelatih lelaki. Pusat ini beroperasi di sebahagian Lot 8789 Jalan Sungai Tua,Hulu Yam Bharu, 44300 Batang Kali, Hulu Selangor. Ianya memberikan perkhidmatan pemulihan kepada golongan yang terlibat dengan gejala sosial dan permasalahan akidah sama ada secara sukarela atau perintah mahkamah.

2. Fungsi
Menguruskan perkhidmatan perlindungan bimbingan, pemulihan Rawatan Spiritual Islam (Modul Istitabah) dan kaunseling kepada individu dan kumpulan umat Islam yang memerlukan Pemulihan Akidah dan Akhlak serta menguruskan kewangan peruntukan sumber zakat (Riqab), merancang melaksana dan memantau aktiviti pentadbiran am di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Yam Bharu

3. Objektif
“ Menyediakan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling kepada Individu Serta Kumpulan Islam Yang Memerlukan Pemulihan Akidah ”

4. Syarat Kemasukan.
Perintah Mahkamah :
a. Waran / Perintah daripada Mahkamah Syariah
b. Tiada Had Umur; dan
c. Tempoh kemasukan mengikut arahan yang telah ditentukan oleh Mahkamah Syariah

Sukarela :
a. Warganegara Malaysia dan mestilah beragama Islam
b. Mestilah seorang lelaki;
c. Anak Selangor kecuali dengan kebenaran Setiausaha MAIS / Pengarah Pembangunan Sosial

Jika pelatih luar negeri :
a. Ibu bapa atau salah seorang dari mereka adalah kelahiran anak Selangor; dan
b. Kes berlaku di dalam negeri Selangor;
c. Telah bermastautin di Selangor 6 bulan atau lebih;
d. Individu bukan berasal dari Selangor atau anak kepada pasangan berasal dari Selangor atau kes tidak berlaku di Selangor perlu mendapat kelulusan daripada Setiausaha MAIS / Pengarah Sektor Pembangunan Sosial;
e. Berumur 13 tahun ke atas kecuali dengan kebenaran Setiausaha MAIS / Pengarah Sektor Pembangunan Sosial;
f. Sihat dari segi fizikal;
g. Tiada masalah dan rekod kesihatan mental (Psikiatri);
h. Pemeriksaan kesihatan oleh Pegawai Perubatan yang diiktiraf (Doktor);
i. Kemasukan 6 bulan sahaja;
j. Waktu Penerimaan kemasukan hanya pada hari bekerja (08.00 pagi – 05.00 petang) kecuali kes-kes kecemasan yang berkaitan;
k. Membuat surat Akuan Sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah yang berdaftar; dan
l. Penjaga membuat laporan polis di mana-mana Balai Polis

5. Program Yang Disediakan
i. Aktiviti Penerapan Suasana Amalan Islam
ii. Program Pengukuhan Akidah, Ibadah dan Akhlak
iii. Kuliah Agama dan Fardhu Ain
iv. Rawatan Spiritual Islam
v. Kaunseling (Individu, Kelompok dan Keluarga)
vi. Kemahiran Diri
vii. Program Hari Kebesaran Islam
viii. Program yang Membentuk Jatidiri dan Shasiah Muslim

6. Alamat
Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman
Majlis Agama Islam Selangor
Lot PT 8789 Jalan Sungai Tua, Hulu Yam Bharu,
44300 Batang Kali, Hulu Selagor,
Selangor Darul Ehsan.

Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan MAIS

“Menguruskan Perkhidmatan Perlindungan, Pemulihan, dan Kaunseling kepada Kumpulan Wanita dan Gadis yang terlibat dengan Gejala Sosial dan Akidah”

Baitul Ehsan 2 1
Baitul Ehsan 1

1. Sejarah Penubuhan (Ringkas)
• Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan ditubuh dan di wartakan di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 13 September 2001.
Seksyen 53 dan 54 (2),Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) No.9 tahun 1995 :
“Majlis boleh melalui pemberitahuan dalam warta menetapkan mana- mana tempat menjadi pusat pemulihan diluluskan atau rumah diluluskan bagi maksud Enakmen ini”.
•  Pada 28 September 2001 juga, satu kaedah telah digubal dan diluluskan dalam Mesyuarat MAIS iaitu Perintah-Perintah Tetap Baitul Ehsan 2001 yang membolehkan Baitul Ehsan mentadbir, memulih dan memberikan perlindungan kepada golongan wanita yang memerlukan bimbingan di Negeri Selangor.
•  Pusat ini didirikan di dalam kawasan seluas 6 ekar di daerah Sabak Bernam yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Dakwah Selangor. Melalui penubuhan pusat ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengorak langkah dengan lebih jitu dan memainkan peranan utama di dalam mentadbir hal ehwal wanita di samping jabatan-jabatan lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negeri.
•  Pada tahun 2005, pengurusan pentadbiran Baitul Ehsan telah dipindahkan daripada Jabatan Agama Islam Selangor ke Bahagian Pemulihan Ar-Riqab, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sehingga sekarang.

2. Fungsi
“Menguruskan Perkhidmatan Perlindungan, Pemulihan, dan Kaunseling kepada Kumpulan Wanita dan Gadis yang terlibat dengan Gejala Sosial dan Akidah”

3. Objektif
• Melaksanakan kehendak maksud Seksyen 53 & 54 (2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
• Memberi perlindungan dan pemulihan kepada Wanita dan gadis yang terdedah kepada bahaya moral
• Memberi Latihan dan bimbingan dalam segenap aspek iaitu rohani dan jasmani melalui Pendidikan agama dan sosial
• 4Menyediakan kemahiran bersepadu dan kemudahan Latihan vokasional

4. Syarat Kemasukan.
• Beragama Islam;
• Warganegara Malaysia;
• Pemohon atau ibu atau bapa atau Penjaganya dilahirkan di Negeri Selangor; atau
• Masalah sosial atau masalah aqidah yang dihadapi oleh pemohon berlaku di dalam Negeri Selangor;
• Pemohon telah mencapai umur 13 tahun atau pemohon telah tamat pendidikan sekolah rendah selaras dengan Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Sekolah Rendah 2003;
• Membuat laporan polis yang memaklumkan hasratnya untuk menjalani pemulihan di rumah Pemulihan Majlis secara sukarela;
• Pemohon hendaklah membuat Akuan Sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah;
• Mengemukakan laporan perubatan terkini daripada mana-mana Pegawai Perubatan kerajaan atau Swasta;
• Tiada mental/ rekod kesihatan mental (Psikiatri); dan
• Tempoh pemulihan 6 Bulan

5. Program Yang Disediakan
• Kelas Fardu Ain (Adab, Akidah, fiqh wanita, ibadah, tahsin solat dan tajwid)
• Kelas kemahiran (Jahitan/ Kraf tangan/ Masakan)
• Kelas Pengajian Al-Quran/ Kuliah Maghrib
• Usrah
• Kawad kaki/ Smart Agro
• Sesi kaunseling (individu/Kelompok)
• Tuisyen PT3/SPM
• Ceramah Agensi
• Kursus/ Kem/ Seminar jati diri

6. Alamat
Pusat Perlindungan Wanita
Baitul Ehsan
Majlis Agama Islam Selangor
Jalan Raja Chulan
45200 Sabak Bernam
Tel : 03-32161286

Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & AADK

“Mengurus dan menyelia hal ehwal pentadbiran Puat Pemulihan Baitul Islah bagi tujuan pemulihan pesakit HIV/AIDS”

Baitul Islah
Baitul Islah 1

1. Sejarah Penubuhan (Ringkas)
Pusat Pemulihan Baitul Islah dibina di atas tanah milik Majlis Agama Islam Selangor di Lot PT 20304, Jalan Air Terjun Serendah, 48200 Serendah, Selangor. Ia dibangunkan untuk tujuan Pemulihan, rawatan dan perlindungan bagi penagih dadah yang dijangkiti HIV khusus di Negeri Selangor. Ia telah diluluskan melalui Mesyuarat MAIS Bil.3/2005. Penubuhan pusat ini mendapat kerjasama dari pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang mempunyai kepakaran dalam bidang Pemulihan dadah.
Memorandum persefahaman antara MAIS dan AADK telah dimeterai pada 18 Disember 2017 bagi mencapai tujuan bersama. Pusat ini mula beroperasi pada 2 Januari 2018. Pusat ini mampu menempatkan seramai 29 orang klien dalam satu satu masa. Kos operasi pusat ini menggunakan dana zakat asnaf Riqab dari Lembaga Zakat Selangor.

2. Fungsi
Mengurus dan menyelia hal ehwal pentadbiran Puat Pemulihan Baitul Islah bagi tujuan pemulihan pesakin HIV/AIDS.

3. Objektif
Meyediakan sebuah fasiliti kediaman kepada individu pembawa HIV atau dijangkiti HIV untuk mengikuti program rawatan dan Pemulihan penagih dadah dan HIV.Mempertingkatkan keyakinan diri dan kesediaan untuk kembali berfungsi dalam masyarakat.

4. Syarat Kemasukan.
i. Klien adalah warganegara Malaysia.
ii. Klien berumur 18 tahun dan keatas, jika berumur kurang daripada 18 tahun hendaklah dengan kebenaran ibu bapa atau penjaga.
iii. Klien adalah seorang individu lelaki beragama Islam.
iv. Klien bermastautin di Negeri Selangor atau menerima rujukan dari mana-mana agensi atau individu di Negeri Selangor.
v. Klien adalah seorang penagih dadah yang dijangkiti HIV dan mempunyai dokumen pengesahan perubatan oleh doktor.
vi. Klien hadir secara sukarela / rujukan, serta bersedia untuk bertaubat serta menjaga agamanya.
vii. Klien tidak lagi terlibat dengan aktiviti pengedaran, penagihan dadah, jenayah dan bukan individu yand dikehendaki pihak berkuasa.
viii. Tempoh minima 1 tahun hingga akhir hayat.

5. Program Yang Disediakan
1. Rawatan Klinikal
2. Istitabah
3. Kelas Bimbingan Guru Ar-Riqab
4. Kelas Bimbingan AADK

6. Alamat
Lot PT20304, Jalan Air Terjun,
48200 Serendah,
Selangor Darul Ehsan

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor