HIBAH
DEFINISI HIBAH
Suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.
DALIL PENSYARIATAN HIBAH
Al-Quran
Firman Allah SWT:
فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا
Yang bermaksud: “Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian daripada maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.” (Surah al-Nisa’: 4)
Al-Hadis
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
تَهَادُوا تَحَابُّوا
Yang bermaksud: “Saling memberi hadiahlah kamu nescaya kamu akan saling sayang-menyayangi.” (Riwayat Al-Bukhari)
- Pemberi hibah
- Penerima hibah
- Barang yang dihibah
- Sighah (lafaz akad hibah)
- Pemilik kepada barangan;
- Mempunyai kelayakan untuk memberi hibah; dan
- Mempunyai kuasa penuh untuk menggunakan hartanya.
- Berkelayakan menerima hibah termasuklah yang bukan mukallaf seperti kanak-kanak dan orang tak sempurna akal atau OKU. Namun, penjaga atau pemegang amanah boleh dilantik bagi pihak mereka;
- Penerima hibah wujud ketika hibah dibuat; dan
- Boleh menguasai harta yang dihibahkan (qabd).
- Wujud ketika hibah dibuat;
- Barangan tersebut mestilah barangan yang bernilai; dan
- Mestilah daripada hak milik pemberi hibah.
- Ijab dan qabul; dan
- Tidak bertempoh.
- Kadar Harta Yang Boleh Dihibah
- Elemen Qabd Dalam Hibah
- Hibah Semasa Marad Al-Maut
- Pembatalan Hibah
Hukum Syarak memberikan kebebasan kepada pemilik harta untuk melakukan pemberian tanpa terikat kepada kadar tertentu. Bahkan, menurut ijmak, adalah harus bagi pemilik harta yang waras fikirannya menghibahkan keseluruhan hartanya. Namun, Rasulullah SAW mengingatkan kita supaya berlaku adil kepada anak-anak sebagaimana hadis daripada Nu’man bin Basyir r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
اتَّقوا اللهَ، واعدِلوا بين أولادِكم
Yang bermaksud: “Bertaqwalah kepada Allah s.w.t., dan berlaku adillah sesama anak-anak kamu.” (Riwayat al-Bukhari)
Qabd adalah tindakan penerima hibah untuk menerima serahan, memegang atau menguasai barang yang dihibahkan oleh penghibah dan menjadikan barang itu milikannya. Qabd merupakan keperluan kepada hibah itu berkuatkuasa dan penerima hibah melakukan tasarruf.
Pemberi hibah yang melakukan hibah dalam keadaan marad al-maut iaitu keadaan di mana pemberi hibah sedang sakit tenat atau sakit yang membawa kepada kematian, maka hibahnya tidak boleh melebihi daripada satu pertiga hartanya dan tidak boleh dihibahkan kepada ahli waris. Ini memberi maksud bahawa hukum wasiat adalah terpakai. Sekiranya diberikan kepada ahli waris sama ada kurang dari satu pertiga atau lebih maka ia tertakluk kepada keizinan atau persetujuan daripada waris yang lain.
Hukum asal hibah adalah memberi implikasi pemilikan yang lazim kepada penerima hibah. Oleh itu, pembatalan hibah adalah tidak boleh dilakukan. Ia sebagaimana hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
فإنَّ العائدَ في هبتِه كالكلبِ يعودُ في قيئِه
Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang menarik kembali hibahnya adalah seperti seekor anjing yang menjilat kembali muntahnya.” (Riwayat al-Bukhari)
Namun, para fuqaha’ memberikan pengecualian iaitu dengan mengharuskan pembatalan hibah daripada seorang bapa, ibu, datuk atau nenek kepada anak atau cucunya. Ini bersandarkan kepada sebuah hadis daripada Abdullah bin ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لا يَحِلُّ للرجُلِ أنْ يُعطِيَ العَطِيَّةَ، فيَرجِعَ فيها، إلَّا الوالدَ فيما يُعطِي ولَدَه
Yang bermaksud: “Tidak halal bagi seorang yang telah menghulurkan satu pemberian menarik kembali pemberiannya melainkan pemberian seorang bapa kepada anaknya.” (Riwayat Abu Daud)
PERKHIDMATAN HIBAH DI MAIS
- MAIS berbidang kuasa dan berkepakaran menyediakan perkhidmatan penyediaan Dokumen Perisytiharan Hibah dan pelaksanaan hibah selaras dengan Hukum Syarak dan undang-undang sedia ada.
- Penyediaan dokumen hibah perisytiharan hibah adalah satu kaedah yang membolehkan harta seseorang diisytiharkan untuk diagihkan kepada insan yang tersayang pada masa hidupnya terlebih dahulu.
Jenis-Jenis Hibah
- Hibah Mutlak
Suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan berdasarkan rukun, syarat, dan qabd yang telah ditetapkan oleh hukum syarak. - Hibah Amanah
Suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada kanak-kanak atau Orang Kurang Upaya (OKU) pada masa hidupnya tanpa balasan melalui pemegang amanah berdasarkan rukun, syarat, dan qabd yang telah ditetapkan oleh hukum syarak. Harta Hibah Amanah akan dipegang oleh Pemegang Amanah yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal harta tersebut bagi kegunaan dan manfaat penerima hibah.
Nota: Harta yang hendak dihibahkan hanya melibatkan harta tak alih seperti tanah dan rumah kediaman. Harta tersebut telah sempurna milik penghibah iaitu sudah ada hakmilik/geran dan tiada pinjaman atau gadaian mana-mana bank atau agensi kewangan. Jika harta tersebut telah selesai bayaran pinjaman tetapi belum ada hakmilik/geran lagi, perjanjian jual beli yang lengkap dan surat pelepasan bayaran daripada bank atau pemaju sebagai ganti hakmilik/geran beserta cukai tanah/petak dan cukai taksiran terkini. Sebarang persoalan boleh hubungi kami di talian 03-55143772/03-55143773
Klausa Utama dalam Hibah
- Pengakuan waras fikiran dan kerelaan pemberi hibah;
- Perisytiharan harta yang ingin dihibahkan;
- Pernyataan pemberian harta yang dihibahkan;
- Pelantikan Wasi dan Pemegang Amanah;
- Tandatangan pemberi hibah dan saksi-saksi; dan
- Tandatangan perakuan persetujuan penerima hibah dan saksi-saksi.
Pelaksanaan Hibah
Sebagai Wasi atau pemegang amanah yang dilantik selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 5(4), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, MAIS akan melaksanakan atau menyaksikan proses perisytiharan hibah dan pindah milik harta yang dihibahkan dengan adil, telus dan profesional kepada penghibah dan penerima hibah.
Fi Penyediaan dan Penyimpanan Dokumen Perisytiharan Hibah
Fi penyediaan dan penyimpanan dokumen perisytiharan hibah adalah RM 300 bagi seorang penghibah dan setiap satu daripada harta yang dihibahkan.
Fi Pelaksanaan Hibah
Fi pelaksanaan hibah adalah 1% dari nilai harta yang dihibahkan. Fi ini tidak termasuk disbursement, bayaran wajib kepada agensi dan kos Mahkamah (sekiranya berkaitan).
KENAPA MEMBUAT HIBAH DI MAIS?
- MAIS boleh dilantik sebagai pemegang amanah bagi penerima hibah kanak-kanak, orang tak sempurna akal atau OKU;
- Dokumentasi hibah adalah langkah terbaik mengelakkan kesulitan di kemudian hari; dan
- MAIS berkepakaran dalam melaksanakan pindah milik harta yang dihibahkan.
Permohonan dan Pelaksanaan Hibah
A. Proses Permohonan Dokumen Perisytiharan Hibah secara dalam talian.
B. Proses Pelaksanaan Hibah
- KEBAIKAN HIBAH
- HIKMAH DISYARIATKAN HIBAH
- Amalan sunat yang dianjurkan oleh Islam;
- Memupuk kasih sayang dan mengeratkan silaturrahim;
- Pemberian semasa hidup kepada sesiapa yang dikehendaki;
- Pemberian tanpa had dan sunat menyamaratakan kepada anak-anak;
- Penghibah masih boleh menikmati harta yang dihibahkan;
- Alternatif penyelesaian masalah pembahagian secara faraid;
- Dibuat mengikut kesesuaian dan taraf hidup penerima; dan
- Perceraian tidak menjejaskan hak kepada pemberian hibah.
- Melahirkan kesyukuran terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.
- Membantu menampung keperluan waris atau orang-orang fakir dan miskin yang tidak bernasib baik.
- Mengeratkan ikatan silaturrahim sesama ahli waris.
SEBARANG PERTANYAAN, HUBUNGI KAMI
Sektor Baitulmal
Majlis Agama Islam Selangor
Tingkat 10 Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5514 3773 atau 3772 Faks: 03-5512 4042
WhatsApp: https://wasap.my/60193830032/HIBAH
Email: pro@mais.gov.my