Iftar Perdana dan Majlis Meraikan Muallaf Cemerlang

Iftar Perdana dan Majlis Meraikan Muallaf Cemerlang

435124605 803600605018474 7598802926937761117 n
Iftar perdana dan penghargaan pencapaian penilaian Had Ta’lif muallaf 2024 telah diadakan pada 6 April 2024 bertempat di Baitul Hikmah, Ulu Yam.
 
Seramai 135 muallaf cemerlang yang berdaftar di LZS telah hadir bagi meraikan program ini.
 
Tetamu jemputan khas iaitu Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Farid Ravi Bin Abdullah yang merupakan Naib Cancelor Universiti Islam Selangor, merangkap Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf MAIS hadir bagi memberi ucapan dan kata-kata motivasi kepada asnaf muallaf. Majlis turut dihadiri oleh beberapa orang Alumni LZS.
 
Di Selangor, had tempoh panggilan bagi muallaf adalah selama 5 tahun dengan syarat mereka telah mengikuti kelas-kelas agama yang diiktiraf atau dianjurkan MAIS. Had Ta’lif merupakan kaedah untuk menilai kefahaman dan kebolehamalan seseorang muallaf itu dalam melaksanakan asas fardhu ain, pada tempoh waktu tertentu dengan menggunakan instrumen tertentu.
 
Majlis bermula dengan sesi perkongsian Had Ta’lif serta kesan kepada muallaf dan berakhir dengan solat terawih. Untuk rekod, seramai 1,236 orang asnaf menerima had ta’lif pada tahun 2023, dan lebih ramai yang akan menyusul di masa akan datang.
 
Rata-rata peserta yang hadir berpuas hati dengan inisiatif yang telah dilaksanakan kerana berjaya meningkatkan motivasi mereka untuk terus menjadi Muslim yang Musleh.
 
Had Ta’lif perlu bagi membolehkan pihak LZS mengenalpasti keberkesanan Program Pembangunan (Kelas & Kursus) yang telah dilaksanakan dan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
 
Had ta’lif merupakan satu-satunya instrument yang dipelopori oleh LZS untuk menentukan pengiktirafan kepada Muallaf. LZS juga percaya dengan instrumen Had Ta’lif ini, lebih banyak lagi inisiatif dan pendekatan baru boleh diberikan kepada Muallaf pada masa hadapan.
 
Kami percaya Inisiatif (Penilaian Had Ta’lif) yang pertama kali diwujudkan ini mampu untuk memberi pengiktirafan kepada Muallaf supaya menjadi Mukallaf yang cemerlang.
 
Sama-sama kita berdoa agar lebih ramai lagi Muallaf yang berjaya pada masa akan datang, sekaligus menjadi contoh kepada Muallaf yang lain tanpa mengira batas bangsa, budaya dan asal mereka.
 
Semoga usaha murni ini dapat memberi kebaikan dan manfaat kepada kita semuanya.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor