MAIS TERIMA LAWATAN DARI JAHEAIK

MAIS TERIMA LAWATAN DARI JAHEAIK

436446452 809529517758916 6229724623371850078 n
SHAH ALAM 19 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, menerima lawatan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK).
 
Delegasi seramai 13 orang pegawai JAHEAIK diketuai oleh YB Dato’ Lela Perkasa Dato’ Haji Che Mohd Rahim Haji Jusoh, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) bertujuan untuk mendapatkan perkongsian ilmu dan pandangan berkaitan tatacara pengurusan hibah yang dipraktikkan oleh MAIS.
 
Puan Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS mengalu-ngalukan
kehadiran delegasi dari JAHEAIK dan seterusnya mempengerusikan lawatan.
“Semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat kita bersama dalam memperkasa urusan pengurusan harta umat Islam,” katanya.
 
Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS turut berkongsi maklumat pengurusan baitulmal MAIS kepada delegasi JAHEAIK.
Turut hadir dalam perbincangan mewakili MAIS ialah Ustaz Mohammad Salleh Abdul Saha, Ketua Bahgaian Dakwah dan Pemasaran dan Ustaz Mohd Romzi Abdullah Sani, Ketua Bahagian Baitulmal MAIS.
Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan JAHEAIK.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor