SISI GELAP MEDIA SOSIAL

SISI GELAP MEDIA SOSIAL

woman using her mobile phone city skyline night light background

Dalam era digital hari ini, media sosial telah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan kita. Ia telah merevolusikan cara kita berhubung, berkomunikasi, dan berkongsi maklumat.

Dengan berbilion pengguna di seluruh dunia, platform seperti Facebook, Instagram, X, dan TikTok telah mewujudkan sebuah perkampungan global di mana orang dapat berinteraksi antara satu sama lain dengan satu butang klik sahaja. Walau bagaimanapun, di sebalik platform komunikasi yang lancar dan medium maklumat yang sangat bermanfaat, terdapat sisi gelap yang ramai orang tidak sedari.

Salah satu kebimbangan ialah, buli siber. Ia telah menjadi fenomena yang serius di kalangan belia di media sosial. Mereka sering menjadi mangsa ejekan, hina dan diancam dalam talian oleh rakan sebaya atau individu yang tidak dikenali.

Rasa malu, resah, dan depresi adalah beberapa kesan yang selalu timbul akibat dari ancaman buli siber ini. Tambahan pula, kesan jangka panjang dari dibuli termasuk kehilangan keyakinan diri, kurangnya motivasi untuk berinteraksi sosial, dan dalam kes-kes serius, niat untuk mengambil tindakan drastik seperti membunuh diri.

Oleh itu, adalah penting mengambil langkah-langkah yang berpatutan untuk mencegahnya serta memberikan sokongan kepada mangsa yang terlibat.

teenager being cyberbullied smartphone

Selain daripada itu, media sosial telah dikritik kerana peranannya dalam menyebarkan maklumat salah dan berita palsu. Penyebaran maklumat yang tidak disahkan dengan tepat boleh mencetus perbalahan dan perpecahan dalam masyarakat hingga mempengaruhi pendapat umum.

Kekurangan peraturan dan etika di banyak platform telah menjadikannya mencabar untuk memerangi penyebaran kepalsuan, yang membawa kepada kekeliruan dan ketidakpercayaan yang sukar dibendung di kalangan masyarakat. Jadi, kita perlu memupuk kesedaran bahawa tidak semua maklumat yang disebarkan di media sosial adalah benar, dan penting untuk memeriksa kesahihan dan kebolehpercayaan sumber sebelum berkongsi atau mempercayainya.

social media marketing concept marketing with applications 1

Media sosial juga memberi landasan kepada pengguna untuk berkongsi maklumat peribadi, gambar, dan aktiviti mereka dengan mudah tanpa memahami sepenuhnya implikasi jejak digital mereka kepada umum. Walau bagaimanapun, kebimbangan muncul berkaitan dengan penggunaan yang tidak bertanggungjawab dan potensi dieksploitasi oleh pelaku jahat.

Kebimbangan privasi dalam penggunaan media sosial adalah sesuatu yang penting dan perlu diambil kira oleh setiap individu. Dengan meningkatkan kesedaran tentang hak privasi dan menggalakkan cara penggunaan yang selamat dalam penggunaan media sosial, kita dapat memastikan bahawa privasi individu dihormati dan dilindungi dalam dunia maya yang semakin kompleks ini.

Tambahan, sifat ketagihan media sosial juga tidak boleh diabaikan. Penggunaan media sosial yang berlebihan sering dikaitkan dengan ketagihan, di mana individu merasakan keperluan yang kuat untuk sentiasa berinteraksi dalam dunia media sosial tersebut.

Ini boleh menyebabkan masalah kesihatan mental seperti ketidakpuasan diri, depresi, dan gangguan tidur. Individu juga akan merasa perlu untuk sentiasa memeriksa dan mengemaskini akaun media sosial mereka, merasa gelisah atau tidak selesa jika tidak berada dalam talian, dan mengabaikan tanggungjawab atau aktiviti yang lebih utama kerana penggunaan media sosial yang berlebihan.

man holding his phone while he is tied up with chains 1

Oleh itu, pendidikan dan kesedaran mengenai penggunaan yang bertanggungjawab dan seimbang dalam media sosial adalah kunci untuk melindungi masyarakat daripada kesan negatif ketagihan media sosial.

Dengan memahami risiko dan mencari bantuan jika diperlukan, kita dapat mengurangkan kesan buruk media sosial dan memanfaatkan platform tersebut dengan cara yang positif dan sihat. Antara faktor lain yang ingin ditekankan ialah Belia yang bergantung terlalu banyak kepada media sosial sebagai sumber utama untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan dunia luar. Mereka boleh menghabiskan berjam-jam di media sosial setiap hari, menyebabkan pengurangan interaksi sosial dalam kehidupan sebenar.

Akibatnya, mereka mungkin mengalami kehilangan kemahiran sosial dan kesukaran untuk membina hubungan interpersonal secara langsung. Kebergantungan pada interaksi dalam talian juga boleh menyebabkan ketidakselesaan atau kecanggungan dalam situasi sosial yang sebenar.

Dengan menyedari risiko kebergantungan media sosial dan mengambil langkah-langkah untuk mengekalkan keseimbangan antara interaksi dalam talian dan kehidupan sebenar, belia dapat memastikan perkembangan kemahiran sosial penting untuk kehidupan yang berjaya dan bermakna.

full shot smiley kid taking selfie

Kesimpulannya, adalah penting bagi kita untuk mengakui bahawa media sosial, membawa pelbagai manfaat dan juga mempunyai sisi gelap yang perlu diambil perhatian serius.

Kesannya terhadap kesihatan mental, hubungan sosial, dan kebergantungan individu menuntut kita untuk mengamalkan penggunaan yang bertanggungjawab dan menggalakkan kesedaran akan risiko yang mungkin timbul. Dengan memahami cabaran dan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi isu-isu tersebut, kita dapat menjadikan media sosial sebagai alat yang lebih positif dan memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan.

Kita jangan leka, media sosial adalah alat yang sangat kuat dan berpengaruh. Kita akan menyesal sekiranya ia tidak dikawal secara baik kerana kelak, ia bakal melahirkan generasi yang tidak berkompetensi dan berdaya maju.

Artikel13Poster2

TANGKAL DAN AZIMAT

Sumber imej: Ai Azimat atau tangkal merupakan sesuatu benda yang dipercayai memberikan tuah...

Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor