BERHATI-HATI MEMILIH PERKHIDMATAN BADAL HAJI
BERHATI-HATI MEMILIH PERKHIDMATAN BADAL HAJI
Haji dari segi bahasa ialah menuju atau mengunjungi ke sesuatu tempat. Manakala dari segi istilah ia bermaksudĀ mengunjungi Baitullah (Ka’bah) pada masa-masa tertentu (bulan haji, Zulhijjah) serta melaksanakan perkara-perkara yang wajib bagi ibadah haji.
Ibadah haji merupakan salah satu dari lima rukun Islam, yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim yang berkemampuan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Firman Allah SWT:
ŁŁŁŁŁŁŁŁŁ Ų¹ŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŲ§Ų³Ł ŲŁŲ¬ŁŁ Ų§ŁŁŲØŁŁŁŲŖŁ Ł ŁŁŁ Ų§Ų³ŁŲŖŁŲ·ŁŲ§Ų¹Ł Ų„ŁŁŁŁŁŁŁ Ų³ŁŲØŁŁŁŁŲ§ Ū ŁŁŁ ŁŁ ŁŁŁŁŲ±Ł ŁŁŲ„ŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁ ŲŗŁŁŁŁŁŁ Ų¹ŁŁŁ Ų§ŁŁŲ¹ŁŲ§ŁŁŁ ŁŁŁŁ
Maksudnya: āDan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan barangsiapa yang kufur (mengingkari kewajipan ibadat Haji tersebut), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk.ā
[ Ali āImran : 97 ]
Namun begitu, terdapat sebahagian daripada umat Islam yang tidak berkesempatan menunaikan haji semasa hidupnya, maka wajib ke atas ahli warisnya untuk melaksanakan badal haji bagi pihak si mati tersebut.
Perkara tersebut adalah berdasarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.A bahawa seorang perempuan daripada Bani Juhainah datang bertemu Rasulullah SAW lalu bertanya:
Ų„ŁŁŁŁ Ų£ŁŁ ŁŁŁ ŁŁŲ°ŁŲ±ŁŲŖŁ Ų£ŁŁŁ ŲŖŁŲŁŲ¬ŁŁ Ų£ŁŁŁŲ£ŁŲŁŲ¬ŁŁ Ų¹ŁŁŁŁŁŲ§Ų ŁŁŲ§ŁŁ: ŁŁŲ¹ŁŁ Ł ŲŁŲ¬ŁŁŁ Ų¹ŁŁŁŁŁŲ§Ų Ų£ŁŲ±ŁŲ£ŁŁŁŲŖŁ ŁŁŁŁ ŁŁŲ§ŁŁ Ų¹ŁŁŁŁ Ų£ŁŁ ŁŁŁŁ ŲÆŁŁŁŁŁ Ų£ŁŁŁŁŁŲŖŁ ŁŁŲ§Ų¶ŁŁŁŲŖŁŁŁŲā ŁŁŲ§ŁŁŲŖŁ: ŁŁŲ¹ŁŁ Łā.ā ŁŁŲ§ŁŁ: Ų§ŁŁŁŲ¶ŁŁŲ§ ŲÆŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŲ Ų§ŁŁŁŲ°ŁŁ ŁŁŁŁŲ ŁŁŲ„ŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁ Ų£ŁŲŁŁŁŁ ŲØŁŲ§ŁŁŁŁŁŁŲ§Ų”Ł.
Maksudnya: āSesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan haji. Adakah aku perlu mengerjakan haji bagi pihaknya?ā Baginda menjawab: āYa, tunaikanlah haji bagi pihaknya. Bukankah sekiranya ibumu berhutang, kamu akan menyelesaikannya?ā Dia menjawab: āYa.ā Baginda bersabda lagi: āTunaikanlah hutang Allah kerana hutang Allah lebih berhak ditunaikan.ā
(HR : Bukhari)
Mafhum dari hadith di atas adalah, badal haji untuk si mati boleh ditunaikan sendiri oleh salah seorang daripada kalangan ahli waris si mati ataupun mengupah pihak ketiga.
Walaubagaimanapun, beberapa persoalan timbul jika badal haji tersebut diamanahkan kepada pihak ketiga untuk dilaksanakan.
Persoalan pertama ialah apakah syarat atau kelayakan yang perlu dipertimbangkan oleh ahli waris sebelum mewakilkan badal haji tersebut? Ahli waris perlu mengetahui syarat atau kelayakan pemilihan pihak ketigaĀ bagi memastikan ibadah badal haji tersebut dilaksanakan oleh orang yang tepat.
Yang mana antara syarat mengerjakan badal haji ialah seorang individu dibolehkan untuk mengerjakan badal haji bagi seorang individu sahaja dalam satu tahun. Jika sesorang mengerjalan badal haji untuk beberapa individu, hukumya adalah tidak sah. Oleh itu, waris hendaklah lebih berhati-hati memilih individu atau syarikat agar amalan badal haji tersebut sah dan dilaksanakan dengan sebaiknya menurut rukun dan syaratnya.
Manakala persoalan kedua ialah berapakah pula upah yang patut diberikan kepada wakil yang dilantik tersebut? Dilema berkaitan kos perkhidmatan badal haji juga sering menghantui masyarakat dan ianya wajar diberi pertimbangan oleh ahli waris sebagai pemberi badal haji.
Tambahan pula, isu penipuan perkhidmatan badal haji menjadi topik perbincangan pihak berkuasa. Ini adalah kerana terdapat lambakan iklan upah badal haji oleh syarikat mahupun individu yang boleh dilihat di media sosial atau banner iklan yang ditampal atau digantung di pagar-pagar masjid dan surau sepanjang tahun.
Perkara ini mendorong kepada peningkatan kes penipuan perkhidmatan badal haji. Sebagai contoh pada tahun 2023 dunia digegarkan video di Youtube,Ā sekelompok individu yang mengambil gambar dan menyatakan bahawa setiap seorang daripada mereka mengerjakan badal haji untuk lebih daripada seorang individu.
Perbuatan mereka telah membuktikan bahawa ibadah badal haji tersebut tidak sah. Oleh yang demikian, penipuan membabitkan perkhidmatan badal haji sering dibangkitkan oleh Menteri (Hal Ehwal Agama),Lembaga Tabung Haji, dan Majlis Agama Islam Negeri setiap kali tiba musim haji.
Berdasarkan pemerhatian oleh pihak Lembaga Tabung Haji dan Jabatan Wakaf, Zakat, dan haji. Terdapat dua faktor utama menyumbang kepada kesilapan memilih perkhidmatan badal haji. Antaranya adalah;
1. Tawaran perkhidmatan badal haji dengan harga murah
Menurut Lembaga Tabung Haji, harga badal haji sekiranya wakil badal haji dari Malaysia termasuk permit boleh mencecah RM15,000 hingga RM16,000. Manakala, bagi wakil badal haji menetap di Mekah adalah sekitar RM4,00 sehingga RM5,000 untuk kos pengangkutan dan lain-lain.
Namun, terdapat tawaran harga pakej badal haji yang murah di media sosial di antara RM1800 ā RM3000 termasuk sijil. Yang mana ini jelas menunjukkan harga tawaran tersebut bukan sahaja di bawah harga pasaran, bahkan tidak masuk akal langsung.
2. Menggunakan imej Agamawan
Beberapa syarikat atau individu menggunakan imej agamawan seperti Ustaz atau Ustazah untuk menarik pelanggan. Imej Ustaz dan Ustazah yang baik dan lemah lembut menyebabkan pelanggan mudah membayarĀ perkhidmatan badal haji tersebut tanpa membuat semakan ke atas syarikat, maklumat berkaitan perkhidmatan badal haji yang disediakan. Selain itu, pembayar tidak meminta terimaan pembayaran seperti resit bayaran daripada syarikat atau individu terlibat.
Oleh yang demikian, terdapat beberapa tindakan boleh diambil oleh pemberi badal (wakil simati) bagi mengelakkan terjebak dalam penipuanĀ perkhidmatan badal haji. Antaranya ialah waris simati menyemak status pendaftaran syarikat dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, mempunyai lesen Pengelola Jemaah Haji,Ā membuat perbandingan harga dengan beberapa syarikat berpengalaman, memastikan pembayaran dibayar di akuan rasmi syarikat bukan individu,Ā dan memastikan mendapat resit pembayaran rasmi.
Akhir sekali, isu penipuan perkhidmatan badal haji dapat ditangani dengan lebih berkesan, sekiranya masyarakat Islam dan pihak berwajib berganding bahu.
Perkahwinan sindiket telah lama berlaku sama ada perkahwinan itu dilaksanakan...
Pendahuluan Secara asasnya, Allah SWT menjadikan manusia hidup secara berpasangan...
Kedudukan raja-raja Melayu di Malaysia termaktub dalam dua buah dokumen...
Pengenalan Petua dan khurafat merupakan dua konsep yang sering dibincangkan...
Ketika dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH 370 pada 8...