Berita MAIS

PROGRAM PEMBIMBING RAKAN KOMUNITI (KATEGORI ALUMNI DADAH) "PENCARIAN DA'IE" FASA 1 TAHUN 2023
KLANG, 19 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Riqab menganjurkan Program Pembimbing Rakan Komuniti (Kategori Alumni Dadah) “Pencarian Da’ie Fasa 1 Tahun 2023 yang berlangsung pada 16 – 19 Jun 2023. Program diadakan bertujuan untuk melatih asnaf-asnaf riqab dalam kalangan yang telah bebas daripada dibelenggu dadah di samping melahirkan mereka sebagai seorang da’ie ataupun Pembimbing Rakan Komuniti. Selain Itu, program ini juga bertujuan memberi  ilmu-ilmu berkomunikasi dengan lebih baik dan berkesan dalam proses penyampaian dakwah kepada ahli komuniti lain selaras dengan ajaran dan nilai-nilai Islam. Program ini juga mendapat kerjasama daripada Persatuan PENGASIH Selangor dan  Rumah Pemulihan Riqab(RPR) iaitu Rumah Teduhan Kasih, Rumah Penawar dan Rumah Sahabat yang telah disertai oleh seramai 50 orang peserta. Antara penceramah program ini adalah En Mohamad Razman Rahmat, Pengurus Pentadbiran Persatuan PENGASIH Kuala Lumpur; Puan Zulkama’ Azura Zulkarnain, Timbalan Pengarah Pentadbiran Rumah PENGASIH Gopeng; Encik Abdul Hamid Yap Abdullah, Penceramah Bebas; Ustaz Faizal Abdul Rahman, Pendakwah Bebas dan Encik Jaafar Daud, Pengarah Teduhan Kasih Selangor. Perasmian penutup disempurnakan oleh Ustaz Mohd Yasser Abdul Ghani, Ketua Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS. Dalam ucapannya, beliau menekankan tentang konsep kepimpinan yang mana ianya bukan sahaja menfokuskan kepada ahli komuniti semata-mata, malah turut merangkumi kepimpinan terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Beliau juga turut menekankan pentingnya kemahiran komunikasi berkesan dalam tugas-tugas menyampaikan dakwah. Sebelum itu, Encik Jaafar Daud , Pengarah Teduhan Kasih Selangor, Persatuan PENGASIH Selangor menzahirkan penghargaan terima kasih kepada MAIS atas kerjasama yang diberikan dan berharap agar jalinan kerjasama ini terus dijalankan pada masa hadapan. Para peserta rata-ratanya berpuas hati dengan pengisian program ini dan berharap agar impak program ini dapat menguatkan semangat mereka untuk membimbing rakan Komuniti yang lain. PROGRAM PEMBIMBING RAKAN KOMUNITI (KATEGORI ALUMNI DADAH) “PENCARIAN DA’IE” FASA 1 TAHUN 2023 Sungai Buloh, 16 Jun 2023 – Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh June 23, 2023 HARI BERSAMA BAITULMAL MAIS DI MASJID AN NUR SAUJANA UTAMA, SUNGAI BULOH Sungai Buloh, 16 Jun 2023 – Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh June 19, 2023 MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1444H/2023M PULAU PINANG, 16 Julai – Majlis Tilawah dan Menghafaz Al… Berita Penuh June 19, 2023 HARI INI 560 KELUARGA SEKITAR DAERAH PETALING, KLANG, GOMBAK, SABAK BERNAM & KUALA SELANGOR DIBANTU Alhamdulillah selesai agihan fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi… Berita Penuh June 19, 2023 KAUNTER BAITULMAL MAIS SEMPENA HR MONTH 2023 ANJURAN PERODUA HQ 15 Jun 2023 – Bersempena HR Month 2023 anjuran Perodua… Berita Penuh June 19, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor