HARI INI 560 KELUARGA SEKITAR DAERAH PETALING, KLANG, GOMBAK, SABAK BERNAM & KUALA SELANGOR DIBANTU

HARI INI 560 KELUARGA SEKITAR DAERAH PETALING, KLANG, GOMBAK, SABAK BERNAM & KUALA SELANGOR DIBANTU

354061902 642844007760802 4036554099769098706 n

Alhamdulillah selesai agihan fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi penerima yang layak hari ini, 16 Jun 2023 berjumlah RM82,880.00 kepada 560 keluarga penerima.

Sumbangan yang diberikan dalam bentuk makanan asasi bernilai RM148 seorang termasuk beras, tepung, minyak, gula, sardin, serbuk minuman coklat, kari ayam siap di masak, biskut dan sebagainya menggunakan peruntukkan Fidyah MAIS.

Agihan melibatkan kerjasama 12 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) antaranya daripada Masjid Ar-Rahman Pandamaran, Jabatan Pembangunan Negeri Selangor, Madrasah Irsyadul Quran Subang Jaya, SRA Al-Hidyah Tmn. Tun Teja, PEMADAM Negeri Selangor, MPKK Pandamaran Jaya, Pertubuhan Ehsan Penyayang Selangor dan lain-lain.

Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebebanan mereka semua.

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpxv2.mais.gov.my/

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor