MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1444H/2023M

MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1444H/2023M

355154947 643979137647289 8530905

PULAU PINANG, 16 Julai – Majlis Tilawah dan Menghafaz Al Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1444H/2023M telah melabuhkan tirainya pada 16 Julai 2023 setelah berlangsung selama enam (6) hari di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth, Pulau Pinang bermula 11 hingga 16 Jun 2023.

Beberapa kategori telah dipertandingkan dan antaranya ialah Qari, Qariah, Hafazan Majlis Tilawah dan Hafazan Al Quran.

Peserta dari Negeri Selangor yang telah mencapai kemenangan iaitu tempat kedua kategori Tilawah Al Quran disandang oleh Nor Ruzana Natiah Jaafar, Bahagian Qariah dan tempat ketiga bagi kategori Hafazan tahap 1-30 juzuk beserta tarannum Hafiz dan Hafizah pula disandang oleh Muhammad Izzul Afnan Sazali dan Wan Busyra Wan Mohamad Noor.

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan YABhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd Nor.

Turut hadir YB Senator Menteri Agama, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ketua Pengarah JAKIM dan Timbalan Pengarah JAKIM serta wakil Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor