HARI BERSAMA BAITULMAL MAIS DI MASJID AN NUR SAUJANA UTAMA, SUNGAI BULOH

HARI BERSAMA BAITULMAL MAIS DI MASJID AN NUR SAUJANA UTAMA, SUNGAI BULOH

355031326 644351544276715 7248785442670164391 n

Sungai Buloh, 16 Jun 2023 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal mengadakan Hari Bersama Baitulmal MAIS di Masjid An Nur Saujana Utama khusus kepada jemaah kariah sekitar bagi berkongsi maklumat berkaitan pengurusan harta umat Islam termasuk harta pusaka.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk Kuliah Dhuha, Tazkirah Jumaat dan Kuliah Maghrib Khas yang telah disampaikan oleh pegawai dari Baitulmal MAIS. Program ini juga dimeriahkan dengan pembukaan kaunter runding cara perancangan pewarisan harta yang dibuka bermula jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam.

Turut hadir bersama pegawai Baitulmal Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam yang membantu memberi penerangan dan runding cara  kepada jemaah yang bertanyakan soalan.

Turut dikongsikan kuliah berkenaan hikmah berwasiat dan kaedah penulisan wasiat di Majlis Agama Islam Selangor.

Mudah-mudahan dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat yang besar kepada jemaah yang hadir.

Rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Dapatkan tawaran potongan fi pendaftaran wasiat MAIS sebanyak RM 100 sehingga 25 Jun 2023 ini. Sila layari pautan dibawah untuk oermohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian : https://siswa.mais.gov.my

Info lanjut, sila layari : www.mais.gov.my

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor