MAIS TERIMA LAWATAN DARI LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (LZNK)

MAIS TERIMA LAWATAN DARI LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (LZNK)

355252356 645044024207467 897028125429879961 n

Klang, 20 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Pembangunan Sosial menerima lawatan dari Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini.

Lawatan LZNK seramai empat orang diketuai oleh Ustaz Mohd Idris bin Mohd Yussoff, Ketua Divisyen Pembangunan Muallaf dan Dakwah Sosial disambut mesra oleh Ustazah Hafizatul Akmal Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS.

Lawatan LZNK bertujuan untuk mendapatkan perkongsian dan pengalaman berkaitan Pendaftaran Muallaf dan Pemulihan Ar-Riqab di negeri Selangor.

Ustazah Hafizatul Akmal turut berkongsi maklumat berhubung Pendaftaran Muallaf kepada delegasi lawatan di samping taklimat oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang disampaikan oleh Ustaz Zainudin Johari, Ketua Jabatan Pengurusan Operasi Agihan Daerah dan taklimat Bahagian Pemulihan Riqab MAIS.

Turut diadakan sesi soal jawab dan bertukar pandangan khususnya dalam pengurusan muallaf dan bantuan zakat kepada asnaf disamping pihak LZNK ingin mengambil pendekatan pihak MAIS dalam mengurus asnaf khususnya muallaf dan riqab.

Turut hadir pegawai daripada Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Ar-Riqab dan lawatan di akhiri dengan acara bertukar cenderahati dan sesi bergambar semua pegawai yang terlibat.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor