BENGKEL PENYELARASAN PELAKSANAAN MAHRAJAN AMAL ISLAMI MUALLAF PERINGKAT KEBANGSAAN
BENGKEL PENYELARASAN PELAKSANAAN MAHRAJAN AMAL ISLAMI MUALLAF PERINGKAT KEBANGSAAN
Pulau Pinang, 16 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah dijemput hadir bagi menyertai Bengkel Penyelarasan Pelaksanaan Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Kebangsaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pendaftar Muallaf Seluruh Malaysia Bil. 1/2023 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
MAIS diwakili oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dan Ustazah Hafizatul Akmal Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK.
Bengkel dilaksanakan bersama Persidangan Muallaf Seluruh Malaysia yang melibatkan seramai 50 orang peserta di kalangan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN), Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) dan Lembaga Zakat Negeri-Negeri. MAIS dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dijemput selaku agensi yang menguruskan muallaf di Negeri Selangor.
Objektif bengkel diadakan adalah untuk menyelaraskan Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Pelaksana dan jawatankuasa-jawatankuasa lain yang terlibat dengan pelaksanaan Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Kebangsaan.
Semoga program Mahrajan Amal Islami Muallaf ini dapat melahirkan muallaf-muallaf yang akan menjadi contoh dan pelapis di masa akan datang.
Kuala Lumpur, 3 Disember-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor...
SHAH ALAM-Seramai enam orang pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 3...
KUALA LANGAT,30 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Putrajaya, 28 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah...