MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) TERIMA KUNJUNGAN HORMAT JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) TERIMA KUNJUNGAN HORMAT JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

355483019 645942120784324 2633491780593512099 n 1

SHAH ALAM, 22 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan hormat Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di ketuai oleh Tuan Haji Mohd Fadzli Abu Kasi, Timbalan Pengarah Operasi JAWI.

Delegasi seramai 10 orang disambut mesra oleh Ustaz Suhaimi Ismail Pengarah Pembangunan Sosial, MAIS.

Lawatan bertujuan untuk mendapatkan pandangan, input pengislaman dan penyediaan data berkaitan muallaf di Negeri Selangor.

Turut hadir bersama Ustazah Hafizatul Akmal Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, MAIS dan Ustaz Mohd Bakhtiar Suratman, Eksekutif

Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, MAIS.

Diharapkan lawatan ini dapat mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim antara MAIS dan JAWI pada masa akan datang.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor