AGIHAN FIDYAH MAIS RM26,880.00 DIAGIH KEPADA 60 PENERIMA YANG LAYAK
AGIHAN FIDYAH MAIS RM26,880.00 DIAGIH KEPADA 60 PENERIMA YANG LAYAK
25 Jun – Alhamdulillah selesai agihan fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi penerima yang layak hari ini berjumlah RM26,880.00 kepada 60 keluarga penerima yang telah di sampaikan oleh YB Tn. Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni, Anggota Majlis Agama Islam Selangor.
Sumbangan yang diberikan dalam bentuk makanan asasi bernilai RM148 seorang termasuk beras, tepung, minyak, gula, sardin, serbuk minuman coklat, kari ayam siap di masak, biskut dan sebagainya menggunakan peruntukkan Fidyah MAIS.
Agihan melibatkan kerjasama 1 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) iaitu Persatuan Urban Komuniti Sosial Malaysia (SCOPURS).
Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebebanan mereka semua.
Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.
Sila klik pautan ini http://fpxv2.mais.gov.my/
Shah Alam, 6 Feb – Program Coffee Talk diadakan antara...
KUALA LUMPUR, 4 Februari- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Peruntukan mengenai punca kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ke...
SHAH ALAM, 25 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam, 23 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...