MAIS SAMPAI TAKLIMAT KESEDARAN KEPADA PELAJAR SEKOLAH AGAMA MENENGAH TENGKU AMPUAN JEMAAH, SUNGAI BESAR

MAIS SAMPAI TAKLIMAT KESEDARAN KEPADA PELAJAR SEKOLAH AGAMA MENENGAH TENGKU AMPUAN JEMAAH, SUNGAI BESAR

356629980 648389947206208 4274209265924411500 n

SUNGAI BESAR – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Riqab telah dijemput hadir bagi menyampaikan ceramah kesedaran dalam program ‘Tajmil Ahwalana’ anjuran Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah, Sungai Besar.

Seramai 400 orang pelajar-pelajar dan guru-guru hadir mengikuti perkongsian bertajuk ‘Kenapa Jalan Ini Kau Pilih’ yang disampaikan oleh Puan Nazatushima Osman, Penguasa Pusat Pemulihan Baitul Ehsan.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan kerana pelajar-pelajar memberikan komitmen sepenuhnya selain mengutarakan pelbagai soalan mengenai gejala sosial masa kini.

Dalam program ini juga secara tidak langsung, MAIS dapat memberi pendedahan berkaitan Rumah Pemulihan Majlis (RPM) seperti Pusat Pemulihan Baitul Ehsan, Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman dan Rumah Pemulihan Baitul Islah & AADK.

Semoga dengan perkongsian yang telah diberikan dapat memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar dalam memberikan pendedahan mengenai gejala sosial yang semakin meruncing pada masa kini.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor