PROGRAM IBADAH KORBAN, ERATKAN UKHWAH MAIS BERSAMA JABATAN HAL EHWAL ISLAM SELANGOR, AGENSI DAN ANAK SYARIKAT

PROGRAM IBADAH KORBAN, ERATKAN UKHWAH MAIS BERSAMA JABATAN HAL EHWAL ISLAM SELANGOR, AGENSI DAN ANAK SYARIKAT

357110094 651817153530154 8157503810898472308 n min

SHAH ALAM, 1 Julai 2023 – Program Ibadah korban bukan sahaja dapat mengeratkan ukhwah, malah menyuburkan semangat kerja berpasukan dan gotong royong dalam kalangan umat Islam.

Sempena Hari Raya Eidul Adha 1444H, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak ketinggalan dalam melaksanakan amalan bagi program tersebut.

Program Ibadah Korban MAIS yang berlangsung, membabitkan Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, Agensi dan Anak Syarikat MAIS.

Sebanyak 17 ekor lembu dikorbankan dan dagingnya diagihkan kepada golongan asnaf yang berhampiran dan warga kerja di Bangunan Sultan Idris Shah(BSIS).

Program ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga kerja di BSIS.

Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor yang terlibat dalam program ini ialah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS). Tidak ketinggalan turut serta agensi dan anak syarikat MAIS iaitu Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).

YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS turut hadir memeriahkan majlis hari ini.

Hadir sama, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Farid Ravi Abdullah, Anggota MAIS, Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS, dan Encik Zaharudin Salim, Ketua Audit Dalam.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor