PROGRAM PENCEGAHAN MASALAH SOSIAL REMAJA “REMAJA BERWAWASAN” TAHUN 2023

PROGRAM PENCEGAHAN MASALAH SOSIAL REMAJA “REMAJA BERWAWASAN” TAHUN 2023

357495020 651996940178

2 Julai, Banting – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Riqab mengadakan Program Pencegahan Masalah Sosial Remaja bertemakan ‘Remaja Berwawasan bermula 30 Jun sehingga 2 Julai.

Program yang diadakan dengan kerjasama Rumah Perlindungan Safiyyah dan Pertubuhan Amal dan Kebajikan Anak-Anak Tersisih Selangor (PAKATs) yang turut disertai oleh 30 orang peserta di kalangan remaja.

Objektif program adalah untuk melatih remaja-remaja dalam menangani masalah sosial selain dapat memupuk nilai-nilai Islam dan ilmu fardhu ain terhadap diri peserta.

Antara penceramah program ini adalah Ustaz Muhammad Aryf Zaki Mohd Ali, Penceramah Bebas; Encik Shahrilnizar Nordin, Ketua Unit Pencegahan AADK Petaling; Encik Muhammad Zafian Jayos, Pegawai Kesihatan Daerah Petaling dan Imam Muda Ammar Wan Harun, Pendakwah Bebas.

Selain itu, peserta juga didedahkan dengan pelbagai aktiviti berkumpulan serta permainan interaktif bagi memupuk semangat berpasukan dan nilai tanggungajawab terhadap diri sendiri, rakan rakan, keluarga , masyarakat dan agama.

Perasmian penutup disempurnakan oleh Encik Mohd Adlan Maaruf Mohd Idris, Eksekutif Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS.

Dalam ucapannya, beliau berharap agar peserta terus menjadi insan yang berguna kepada semua dan dapat mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi sepanjang program ini dalam kehidupan seharian .

Para peserta rata-ratanya sangat gembira dan berpuas hati dengan pengisian program dan berharap agar dapat menyertai program seumpama ini pada masa akan datang.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor