Berita MAIS

MAIS SEDIA 39 PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN, PENDAFTARAN MUALLAF
SHAH ALAM, 29 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyediakan sebanyak 39 Pusat Pengurusan Pengislaman (PPP) bagi memudahkan proses pendaftaran pengislaman terutama di Negeri Selangor. PPP bertanggungjawab membantu dan memberi konsultasi kepada mana-mana muallaf yang berhasrat memeluk agama Islam dengan suci hati dan kerelaan sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana individu atau pun pihak lain. Selain menguruskan proses pengislaman, PPP juga memainkan peranan membantu MAIS dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam proses penjagaan, perlindungan serta pengajaran kepada mereka. Daripada tahun 2020 seramai 1,429 orang didaftarkan pengislaman di MAIS, 1,327 (2021), 1,715 (2022) dan sehingga Jun 2023 adalah seramai 749 orang yang membuat pendaftaran pengislaman. PPP MAIS merangkumi Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di setiap daerah Selangor, Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) dan masjid-masjid yang mendapat kebenaran dari MAIS. Antara PPP MAIS adalah PERKIM Cawangan Ampang, Hidayah Centre Foundation (HCF) Selangor, Masjid Al-Falah USJ 9 Subang Jaya dan Masjid Al-Azim Pandan Indah. Berbanding tahun sebelum ini sebanyak 36 pusat pengurusan pengislaman. Peningkatan ini bertujuan memudahkan proses pendaftaran pengislaman dilaksanakan. Selain itu, masyarakat amat digalakkan menjadi pemudahcara dengan membantu mereka ke PPP yang berhampiran beserta dokumen berkaitan agar urusan pendaftaran pengislaman dapat dipermudahkan. Sementara itu, MAIS hari ini, menganjurkan Program Turun Padang Perkampungan Orang Asli (KOA) Kepau Laut, Pulau Carey bersempena Kempen Bulan Muallaf MAIS 2023 yang disempurnakan perasmian oleh Ustaz Khairul Anuar Bin Samingan, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Langat merangkap Pendaftar Muallaf Daerah Kuala Langat.Kempen tersebut bermula 1 Julai yang lalu sehingga 31 Julai ini bagi memberi pendedahan kepada masyarakat di Negeri Selangor berkaitan pengurusan pengislaman yang dilaksanakan oleh MAIS. MAIS mengambil inisiatif dengan menganjurkan kempen ini bagi berkongsi pelbagai isu berkaitan hal ehwal Islam termasuk pendaftaran pengislaman, pendaftaran pernikahan dan dokumen pengenalan diri disamping memberi kefahaman tentang agama Islam. Kempen Bulan Muallaf Negeri Selangor merupakan salah satu aktiviti tahunan MAIS dalam memberi pendedahan peranan MAIS kepada masyarakat terutama dalam menyantuni ummah. Tujuan program ini diadakan adalah sebagai platform bagi memperkenalkan pengurusan pengislaman di Negeri Selangor kepada muallaf dan masyarakat. Selain itu, melalui kempen yang dijalankan ini, secara tidak langsung muallaf mendapat pendedahan agama Islam termasuk maklumat pendaftaran pengislaman secara menyeluruh, tepat dan boleh dijadikan panduan kehidupan mereka. #mais #menjunjungamanah MAIS SEDIA 39 PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN, PENDAFTARAN MUALLAF SHAH ALAM, 29 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh July 29, 2023 JEMPUTAN TAKLIMAT PENYUCIAN HARTA DI SEKOLAH RENDAH AGAMA BATU 38 26 julai 2023 | Rabu Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal telah… Berita Penuh July 26, 2023 TAHNIAH: TERAS BERJAYA SERAH DIVIDEN SEBANYAK RM200 RIBU SHAH ALAM, 25 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh July 25, 2023 TAHNIAH PELANTIKAN PENGERUSI BARU TERAS, YBHG. DATO’ BAKHTIAR BIN HUSIN Shah Alam, 25 Julai – YAD Tan Sri Dato’ Seri… Berita Penuh July 25, 2023 MAIS RAI 26 PANEL PEGUAM MAIS SHAH ALAM, 24 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh July 24, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor