Berita MAIS

WARIS BERSYUKUR ARWAH SUAMI ADA MENINGGALKAN WASIAT
  SHAH ALAM 5 Februari 2022 – Alhamdulillah, telah berlangsungnya sesi pembacaan wasiat oleh pegawai kami Ust Mohd Fadhil bin Said, Eksekutif Teknikal, Unit Operasi, Bahagian Harta Baitulmal MAIS bersama waris-waris iaitu isteri dan seorang anak lelaki di kediaman mereka di Seksyen 9 Shah Alam. Pewasiat (si mati) telah meninggal dunia pada 26 Jan 2022 yang lalu. Dalam sesi tersebut, waris-waris telah bersetuju dengan wasiat si mati untuk menyerahkan 1/3 bahagian harta alih berupa wang simpanan di bank dan saham-saham kepada MAIS sebagai wakaf am. Manakala harta alih berupa ASB diserahkan kepada Surau Al-Ittihadiyyah, Seksyen 9 sebanyak 1/3 bahagian. Baki sebanyak 2/3 harta alih diserahkan kepada anak lelaki. Selain itu, persetujuan lain turut direkodkan iaitu harta tak alih berupa dua buah rumah dan sebidang tanah di Rompin, Pahang diserahkan semua bahagian kepada isteri si mati. Waris-waris bersyukur si mati semasa hayatnya telah membuat wasiat di MAIS supaya harta pusakanya diuruskan, dan melaksanakan hasrat wakaf si mati untuk bekalan di alam kubur. Pihak Baitulmal MAIS khususnya akan melaksanakan proses pembahagian wasiat dan harta pusaka si mati seperti yang telah dipersetujui. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor