AGIHAN FIDYAH MAIS DITERUSKAN RM72,900.00 DIAGIH KEPADA 729 PENERIMA YANG LAYAK DI DAERAH HULU LANGAT DAN PETALING

AGIHAN FIDYAH MAIS DITERUSKAN RM72,900.00 DIAGIH KEPADA 729 PENERIMA YANG LAYAK DI DAERAH HULU LANGAT DAN PETALING

4

 

PETALING JAYA 28 Januari 2022 – Alhamdulillah, MAIS hari ini telah mengagihkan sumbangan fidyah kepada 729 keluarga yang layak di daerah Hulu Langat dan Petaling dengan nilai sumbangan berjumlah RM72,900.00.

Daripada 729 keluarga itu, adalah penerima bagi daerah Hulu Langat seramai 689 keluarga, dan 40 keluarga bagi daerah Petaling Jaya.

Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSFM) antaranya ialah Pertubuhan Dakwah Islamiah sekolah-sekolah Malaysia (PEKDIS) Hulu Langat dan Masjid Al-Huda Kg. Paya Jaras.

Setiap penerima bantuan menerima set makanan kering berupa beras, minyak masak, gula, tepung dan susu dengan nilai sumbangan berjumlah RM100. Semoga bantuan yang diagihkan dapat meringankan kos perbelanjaan seharian bagi mereka yang memerlukan.

Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpxv2.mais.gov.my/

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor