SUMBANGAN PASCA BANJIR DI SUNGAI BULOH
SUMBANGAN PASCA BANJIR DI SUNGAI BULOH

SUNGAI BULOH 29 Januari 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah memberikan sumbangan kepada mangsa banjir di Taman Saujana Aman, Sungai Buloh.
Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Ustazah Hafizatulakmal binti Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK kepada Encik Amin Yaziz bin Bani Yamin, Pentadbir Surau Amanullah merangkap Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Saujana Aman.
Sumbangan berbentuk set toto sebanyak 100 set telah dibekalkan oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa yang terkesan dengan banjir dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Jumlah keseluruhan sumbangan pada hari ini adalah sebanyak 100 set toto dengan kos sebanyak RM10,000.00 hasil sumbangan melalui Tabung Amanah MAIS.
Sesungguhnya yang dikatakan Sahabat Rasulullah SAW ialah mereka yang hidup...
SHAH ALAM, 4 Disember 2023 – Duli Yang Maha Mulia...
SHAH ALAM, 4 Disember 2023 – Duli Yang Maha Mulia...
Alhamdulillah, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) selaku tuan rumah bagi penganjuran...
Hulu Selangor, 2 Disember 2023, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...