MAIS TERIMA LAWATAN DARI JAKIM – Kongsi Pengalaman Pengurusan Rumah Pemulihan Riqab
MAIS TERIMA LAWATAN DARI JAKIM – Kongsi Pengalaman Pengurusan Rumah Pemulihan Riqab

SERENDAH, 4 Februari 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, menerima lawatan dari Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Delegasi diketuai oleh Tuan Haji Mohd Norizan Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM, bertujuan untuk berkongsi pengalaman pengurusan rumah pemulihan riqab yang diuruskan oleh MAIS.
Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial MAIS mengalu-alukan kehadiran delegasi dari JAKIM.
“Mudah-mudahan kita dapat berkongsi pengalaman dan percambahan idea bagi kebaikan bersama serta apa yang kita lakukan adalah untuk ummah”, ujar beliau.
Delegasi JAKIM turut melawat sekitar Baitul Islah dan Rumah Pemulihan Riqab Astana Budi.
Difahamkan, JAKIM dalam persediaan untuk pengoperasian rumah bagi pemulihan kes-kes HIV.
Hadir sama mewakili MAIS ialah Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Anggota MAIS.
Sesungguhnya yang dikatakan Sahabat Rasulullah SAW ialah mereka yang hidup...
SHAH ALAM, 4 Disember 2023 – Duli Yang Maha Mulia...
SHAH ALAM, 4 Disember 2023 – Duli Yang Maha Mulia...
Alhamdulillah, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) selaku tuan rumah bagi penganjuran...
Hulu Selangor, 2 Disember 2023, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...