MAIS TERIMA LAWATAN DARI MAIK

MAIS TERIMA LAWATAN DARI MAIK

1

 

SHAH ALAM 28 Januari 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, menerima lawatan dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Delegasi seramai 14 orang pegawai MAIK diketuai oleh Tuan Ridhwan Abd Rahman, Ketua Pegawai Baitulmal MAIK bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan Hibah, Pusaka dan Wasiat di samping mengeratkan silaturrahim.

Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS mengalu-ngalukan kehadiran delegasi dari MAIK dan seterusnya mempengerusikan lawatan hari ini.

“Semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat kita bersama dalam memperkasa urusan kehartaan umat Islam,”katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS turut berkongsi maklumat pengurusan baitulmal MAIS kepada delegasi MAIK.

Turut hadir dalam perbincangan mewakili MAIS ialah Ustaz Mohd Romzi Abdullah Sani, Ketua Bahagian Baitulmal MAIS. Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan MAIK.

POSTER ARTIKEL22

NIKAH MISYAR

Pendahuluan Secara asasnya, Allah SWT menjadikan manusia hidup secara berpasangan...

Berita Penuh
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor