MESYUARAT MAIS BIL.1/2022

MESYUARAT MAIS BIL.1/2022

1 12

 

SHAH ALAM 25 Januari 2022 – Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah diadakan buat pertama kalinya bagi tahun 2022.

Alhamdulillah, Mesyuarat MAIS Bil. 1/2022 ini masih lagi dijalankan secara atas talian yang turut dihadiri oleh Anggota MAIS seramai 18 orang.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS. Melalui mesyuarat ini, akan memastikan hal ehwal agama Islam di Selangor akan sentiasa diutamakan.

Beberapa keputusan juga berkaitan hal ehwal agama Islam Selangor dapat dibincangkan dan diputuskan oleh Anggota MAIS yang terdiri dari pelbagai latar belakang kepakaran.

Semoga melalui usaha dan ketetapan ini, hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor sentiasa diutamakan dan MAIS akan terus mengorak langkah dalam meningkatkan syiar Islam dengan gerak kerja yang lebih tersusun dan efisyen.

Turut hadir dalam mesyuarat ialah Dato’ Haji Emran Haji Kadir, Timbalan Pengerusi MAIS, YB Tuan Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal merangkap Anggota MAIS dan Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor