PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH KLANG – Kenalpasti Isu Hal Ehwal Islam

PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH KLANG – Kenalpasti Isu Hal Ehwal Islam

5

 

KLANG, 20 Januari 2022 – Program Turun Padang Pengerusi Majlis Agama Islam MAIS, YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof diteruskan ke sekitar daerah Klang bagi mengenalpasti isu berkaitan Hal Ehwal Islam di daerah ini.

Program dimulakan di Pejabat Agama Islam Daerah Klang yang disambut mesra oleh Pegawai Tadbir Agama (PTA) Daerah Klang, Ustaz Mahdi Al-Hilmy bin Arshad.

Antara lain dalam lawatan ialah perkongsian taklimat daripada PTA Klang berkaitan pengurusan pentadbiran hal ehwal Islam di daerah Klang. Beliau juga mengucapkan rasa terharu dengan kehadiran Pengerusi MAIS ke Pejabat Agama Islam Daerah Klang yang dianggapnya amat bertuah.

Sementara itu, Pengerusi MAIS dalam ucapannya berkata, beliau menekankan kepentingan menjaga imej Islam sama ada dari aspek perkhidmatan layanan kepada masyarakat terutama yang melibatkan kesegeraan, prihatin, infrastruktur dan prasarana.

Dalam majlis yang sama, Pengerusi MAIS turut menyempurnakan penyampaian sumbangan pasca banjir kepada kakitangan PAID yang terkesan.

Seterusnya, Pengerusi MAIS dan delagasi melawat Mahkamah Rendah Syariah Klang bagi melihat sendiri keadaan mahkamah yang dilanda banjir sebelum ini. Beliau turun menziarahi sekitar kawasan mahkamah seterusnya diberikan taklimat ringkas berkaitan mahkamah oleh Tn. M. Hairuddin Ab Rahim, Hakim dan Ketua Pejabat Mahkamah Rendah Syariah Klang.

Program setengah hari Turun Padang Pengerusi MAIS ini, turut dihadiri YBhg. Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi, Orang Kaya Maha Bijaya Klang, SS Dato’ Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Mufti Selangor, Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS dan Haji Saipolyazan bin Md Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif LZS.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor