MAIS Sertai Program Inisiatif Mengakhiri Aids Anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
MAIS Sertai Program Inisiatif Mengakhiri Aids Anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

KLANG, 16 Januari- Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyertai Program Inisiatif Mengakhiri Aids melalui kerjasama Pintar ‘GO-NGO’ Model Klinik Kesihatan (KK) 2.0 Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
Dalam program ini, MAIS melalui Bahagian Pemulihan Riqab telah membuka Kaunter Informasi berkaitan asnaf riqab bertujuan memberi peluang kepada pengunjung yang datang untuk mengetahui perkhidmatan yang ditawarkan terutama penerangan berkaitan pemulihan asnaf riqab yang membabitkan pesakit HIV/AIDS dan gejala sosial.
Program yang berlangsung selama satu hari itu juga menjadi medan kepada pengunjung yang datang ke Kaunter Informasi MAIS untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh MAIS.
Program Inisiatif Mengakhiri Aids ini dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia yang turut hadir ke Kaunter MAIS. Mengulas lanjut, program ini memberi pendekatan badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu mengukuhkan program pengurangan mudarat kepada pesakit HIV/AIDS.
Sesungguhnya yang dikatakan Sahabat Rasulullah SAW ialah mereka yang hidup...
SHAH ALAM, 4 Disember 2023 – Duli Yang Maha Mulia...
SHAH ALAM, 4 Disember 2023 – Duli Yang Maha Mulia...
Alhamdulillah, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) selaku tuan rumah bagi penganjuran...
Hulu Selangor, 2 Disember 2023, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...