Berita MAIS

MAIS Sertai Program Inisiatif Mengakhiri Aids Anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
  KLANG, 16 Januari- Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyertai Program Inisiatif Mengakhiri Aids melalui kerjasama Pintar ‘GO-NGO’ Model Klinik Kesihatan (KK) 2.0 Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Dalam program ini, MAIS melalui Bahagian Pemulihan Riqab telah membuka Kaunter Informasi berkaitan asnaf riqab bertujuan memberi peluang kepada pengunjung yang datang untuk mengetahui perkhidmatan yang ditawarkan terutama penerangan berkaitan pemulihan asnaf riqab yang membabitkan pesakit HIV/AIDS dan gejala sosial. Program yang berlangsung selama satu hari itu juga menjadi medan kepada pengunjung yang datang ke Kaunter Informasi MAIS untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh MAIS. Program Inisiatif Mengakhiri Aids ini dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia yang turut hadir ke Kaunter MAIS. Mengulas lanjut, program ini memberi pendekatan badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu mengukuhkan program pengurangan mudarat kepada pesakit HIV/AIDS.   MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor