MAIS SERTAI PERSIDANGAN MEJA BULAT PERINGKAT KEBANGSAAN - Ke Arah Memperkasakan Pengurusan Harta Pusaka Di Malaysia
Bangi, 4 Oktober 2022: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah dijemput untuk membentang dan menyertai Persidangan Meja Bulat (RTD) Pengurusan Harta Pusaka di Malaysia bertempat di Hotel Tenera Bangi di sini hari ini. RTD kali ini mengangkat tema ”Ke Arah Memperkasakan Pengurusan Harta Pusaka di Malaysia” bagi tujuan mencari mekanisme terbaik untuk memudahkan pengurusan harta pusaka dalam negara. MAIS turut berkongsi berkaitan Pengalaman MAIS dalam Pengurusan Harta Pusaka Di Selangor yang telah dibentangkan oleh Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS. Majlis setengah hari ini, telah dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad. Beliau turut berharap RTD mencapai objektif yang digariskan seterusnya dapatan-dapatan yang diperoleh dapat dijadikan panduan oleh agensi kerajaan dan masyarakat. YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS serta pengurusan Baitulmal MAIS turut serta dalam RTD ini. Selain itu,  RTD turut disertai wakil dari Jabatan Ketua Pengarah, Tanah dan Galian (JKPTG), Amanah Raya Berhad (ARB), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Jabatan Waqaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Peguam Negara (AGC), Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) serta ahli akademik. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor