JARI PERLU BERAKHLAK
Kemajuan teknologi telah merubah cara manusia berkomunikasi. Jika dahulu, interaksi manusia adalah secara interpersonal iaitu dengan bersemuka di mana kata-kata dizahirkan secara lisan. Kini, kaedah komunikasi lebih banyak menggunakan jari melalui pelbagai medium dan peralatan komunikasi bagi menzahirkan apa yang terfikir di akal fikiran dan terdetik hati. Sumber imej: https://images.unsplash.com/ Justeru, jika dilihat daripada satu dimensi yang berbeza, agak sukar untuk kita menilai bukan sahaja ketulenan pandangan, malah individu di belakang tabir yang memberikan pandangan. Tanpa ilmu dan kemahiran, kita tidak mungkin mengetahui sama ada ketulenan individu di belakang skrin dan papan kekunci. Ini menimbulkan tanda tanya; Adakah kita berkomunikasi dengan manusia? Atau adakah hantaran dan komen balas dilakukan oleh bot? Manakan tidak, kini, Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) mampu ‘menciptakan’ individu yang tidak wujud di alam realiti namun mempunyai kemampuan ‘berfikir’ hampir serupa dengan manusia.  Allah SWT berfirman menerusi Surah Al-Mulk Ayat 16, “Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?” Bagi individu yang menggerakkan pelbagai agenda dan propaganda di sebalik papan kekunci, mereka beranggapan dengan menyembunyikan identiti, mereka sewenang-wenangnya boleh menulis dan berkongsi kandungan yang salah di sisi agama dan undang-undang. Kesopanan dan kesusilaan yang menjadi teras adab dalam Islam dan kemanusiaan seolah-olah dipinggirkan. Sumber imej: https://images.unsplash.com/ Sekalipun sifat Internet itu adalah tidak bersempadan, sebagai orang Islam, apabila menggunakan Internet khususnya di platform media sosial, kita seharusnya mempamerkan akhlak yang baik agar tidak merosakkan kesucian agama Islam kesan tindakan jari jemari yang tidak bertanggungjawab dalam menghasilkan kandungan dan menyebarkan kandungan tidak benar yang boleh menyebabkan kemudaratan.   Jika kita amati, keberadaan pelbagai platform media sosial juga mencetuskan ‘kerjaya’ Baharu bagi segelintir individu yang menjana pendapatan dengan menjadi social media influencer dan keyboard warrior. Istilah keyboard warrior merujuk kepada kumpulan atau individu yang lantang bersuara dalam mengkritik pihak lain sehingga mengenepikan akhlak, adab dan rasional dan kesahihan sesuatu fakta atau peristiwa di sebalik papan kekunci. Malah, demi menyampaikan hujah dan bantahan terhadap sesuatu isu atau seseorang individu dengan niat menimbulkan kegelisahan dan kemurungan, ada di kalangan keyboard warrior yang sanggup mencipta akaun palsu. Buli siber yang melampaui batas ini memberi impak negatif bukan sahaja kepada individu yang dituju, malah kepada masyarakat secara amnya. Individu yang cenderung membuli di alam maya ini dilihat sebagai menginginkan perhatian dan penghargaan untuk meluahkan perasaan. Dengan menaip di sebalik papan kekunci, seolah-olah timbul ‘keseronokan’ apabila mereka memperoleh validasi daripada kumpulan yang mempunyai persamaan pendapat dengan mereka. Sumber imej: https://images.unsplash.com/ Lebih menyedihkan, ada yang hilang pertimbangan dan mengenepikan adab sehingga menghina ciptaan tuhan termasuk menyentuh soal rupa paras individu lain tanpa rasa bersalah. Ada juga pembuli siber yang sanggup mengaibkan individu dan keluarga mereka dengan memaparkan gambar-gambar jelik yang sepatutnya tidak dipertontonkan kepada umum. Perkara ini adalah bentuk gangguan (harassment) dan tidak sepatutnya dipandang enteng. Statistik MCMC menunjukkan, 1,618 aduan berkaitan buli siber telah direkodkan bagi tempoh 1 Januari 2024 sehingga 9 Julai 2024. Daripada jumlah ini, rata-rata aduan diterima daripada pengguna platform seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Data menunjukkan bahawa bagi tempoh sama, 856 (53%) aduan diterima daripada wanita, dan 762 (47%) aduan diterima daripada pengadu lelaki. Ini membuktikan bahawa perbuatan buli siber ini tidak terarah kepada kaum wanita sahaja sebagai mangsa. Sumber imej: https://images.unsplash.com/ Buli siber yang dimaksudkan termasuklah gangguan seksual, ancaman, tindakan menakut-nakutkan, serta penyalahgunaan maklumat, butiran atau gambar peribadi untuk tujuan penganiayaan, dan untuk memalukan atau mengaibkan individu tertentu. Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 melarang penyebaran kandungan sumbang, lucah, palsu dan mengancam, atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain. Antara faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada buli siber adalah terlebih berkongsi maklumat peribadi yang orang lain tidak perlu tahu, masa melayari Internet yang berlebihan dan kurang kesedaran mengenai etika penggunaan Internet. Selain itu, ciri-ciri (features) oleh penyedia platform media sosial yang membolehkan seseorang individu tidak perlu mendedahkan identiti sebenar bagi mencipta akaun juga memudahkan pelaku untuk membuli di alam maya tanpa dikenali. Sumber imej: https://images.unsplash.com/ Kamus Dewan bahasa mentakrifkan akhlak sebagai ‘Ar’ (jamak bagi perkataan Khuluk) budi pekerti, kelakuan, tabiat. Jika diperhalusi, ia merangkumi semua aspek tindak-tanduk kita di alam maya. Akhlak yang paling penting adalah untuk sentiasa merendah diri sebagaimana disebut di dalam Sura Al-Isra’ Ayat 7 “Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.” Lupakah kita mengapa Iblis dilaknat Allah? Iblis begitu sombong dan tidak mahu sujud kepada Nabi Adam AS atas alasan penciptaannya lebih baik daripada Nabi Adam AS. Bagaimanakah kita dapat mengelakkan diri kita daripada menjadi sombong kepada Allah dan manusia dalam kehidupan seharian kita? Jadikanlah petikan Surah Al-Hujurat Ayat sebagai panduan, “Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Akhlak baik ini harulah menjadi amalan kita dan dijadikan asas untuk mendidik anak kita untuk berakhlak yang mulia. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Usaha membudayakan adab dan akhlak dalam penggunaan media sosial ini perlu bermula sejak di usia awal bukan sahaja di rumah, malah di sekolah. Sumber imej: http://kgtaee.pimaxis.my/ Antara inisiatif advokasi MCMC bagi mengurangkan buli siber di Malaysia adalah menerusi program Klik Dengan Bijak (KDB) yang bertujuan meningkatkan kesedaran serta memberi pendidikan mengenai penggunaaan Internet yang positif, produktif, dan bertanggungjawab. Sepanjang tahun lalu, MCMC telah menyampaikan ceramah di sekolah-sekolah, Institusi Pengajian Tinggi, agensi-agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan komuniti dengan capaian audiens melebihi 500,000 orang melalui program KDB. Bagi memastikan liputan yang meluas di kawasan luar bandar, pada tahun lalu, MCMC juga telah merekrut dan melatih hampir 1,000 sukarelawan ICT di seluruh negara di bawah inisiatif Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) untuk menyampaikan mesej keselamatan Internet KDB, sebagai salah satu langkah bagi menangani buli siber. Pendekatan holistik diperlukan bagi mengekang perbuatan buli siber. Jika sebagai masyakarat, kita gagal mengekang aktiviti ‘pembunuh dalam senyap’ ini, ia mampu menjejaskan akhlak, keharmonian dan perpaduan sesama individu dan memberi impak negatif ke arah mewujudkan masyarakat yang saling hormat-menghormati. Pelakuan menghentam dan menyakiti orang lain di media sosial, tanpa disedari, boleh memberi implikasi buruk kepada emosi individu yang terlibat, malah terdapat kes sehingga membawa kepada kejadian tidak diingini seperti bunuh diri kerana individu yang menjadi mangsa tidak mampu berhadapan dengan tekanan. Sebelum membuat sebarang hantaran yang menzalimi orang lain, berhenti sejenak dan tanya kepada diri sendiri “Adakah perkara yang dituturkan ini baik?”. Jika tidak memberi sebarang kebaikan kepada mana-mana pihak, hentikan jari daripada menaip sesuatu yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Jaga akhlak sebagai pengguna media sosial dan hormati inidividu lain sebagaimana kita mahu dihormati. Sumber imej: https://images.unsplash.com/ Akhir kata, daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seseorang hamba apabila mengucapkan sesuatu perkataan tanpa diteliti akan kebenarannya, akan membuatkannya terjerumus ke dalam neraka yang dalamnya sejauh antara jarak timur ke barat.” (Muttafaqun Alayhi, hadith riwayat Al-Bukhari, No. 6477, Muslim, No. 2988, Ahmad, No. 8567, lafaz hadith riwayat Muslim). JARI PERLU BERAKHLAK Kemajuan teknologi telah merubah cara manusia berkomunikasi. Jika dahulu, interaksi… Baca Lagi October 10, 2024 KENALI BENTUK DAN CIRI-CIRI AJARAN SESAT Sumber imej: https://medium.com/ Usaha-usaha mengembangkan ajaran Islam pada hari ini… Baca Lagi September 23, 2024 PERKAHWINAN YANG DISEMBUNYIKAN Sumber imej: https://www.ppsignature.com/ Perkahwinan adalah satu ikatan melalui akad nikah… Baca Lagi September 13, 2024 MERDEKA ANUGERAH YANG PERLU DISYUKURI Sumber imej: Faiz Zaki/Shutterstock Kemerdekaan merupakan salah satu nikmat Allah… Baca Lagi September 5, 2024 TANGKAL DAN AZIMAT Sumber imej: Ai Azimat atau tangkal merupakan sesuatu benda yang dipercayai memberikan tuah… Baca Lagi August 12, 2024
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor