MAIS TERIMA KUNJUNGAN KEDUTAAN REPUBLIK TURKI
SHAH ALAM, 6 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan dari Kedutaan Republik Turki yang diketuai oleh Dr. Ibrahim Altan, Presiden Red Crescent Turkiye. Lawatan disambut mesra oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim di samping menjalinkan kerjasama yang bersesuaian dengan MAIS terutama isu-isu kemanusiaan. Antara lain Dr. Ibrahim Altan berkongsi perkembangan semasa keadaan negaranya yang diharapkan dapat dimanfaatkan bersama MAIS dan agensi dan anak syarikat yang berkaitan. Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dengan Kedutaan Republik Turki. Turut serta dalam perbincangan ialah Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS dan Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor