HARI BERSAMA BAITULMAL MAIS DI MASJID PUNCAK ALAM – Hampir 300 Pengunjung Hadir

HARI BERSAMA BAITULMAL MAIS DI MASJID PUNCAK ALAM – Hampir 300 Pengunjung Hadir

310751717 484556776922860 1747909954523201005 n

PUNCAK ALAM, 7 Oktober – Semalam Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengadakan Hari Bertemu Pelanggan yang dikenali sebagai Hari Bersama Baitulmal MAIS di Masjid Puncak Alam, khusus kepada pengunjung bagi berkongsi berkaitan pengurusan harta umat Islam termasuk harta pusaka, zakat dan wakaf.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk Kuliah Dhuha, Tazkirah Jumaat & Kuliah Maghrib Khas yang akan disampaikan oleh pegawai-pegawai Baitulmal MAIS. Program ini juga dimeriahkan dengan pembukaan kaunter runding cara perancangan dan pewarisan harta yang dibuka bermula jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Di samping itu, disediakan juga hadiah istimewa kepada para pelanggan yang mendaftarkan wasiat atau hibah mereka sepanjang hari berlangsung.

Alhamdulillah sehingga petang ini, hampir 300 orang pengunjung telah menghadirkan diri ke program bertemu pelanggan yang turut disertai, agensi MAIS iaitu Lembaga Zakat Selangor dan Perbadanan Wakaf Selangor yang membuka kaunter informasi untuk pengunjung program.

Program Hari Bersama Baitulmal MAIS ini akan diteruskan di lokasi masjid terpilih sepanjang bulan Oktober iaitu Masjid Kota Raja pada 15 Oktober, Masjid Bandar Baru Ampang pada 21 Oktober dan Masjid As-Salam Bukit Sentosa Rawang pada 28 Oktober.

Melalui program ini, diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan Pengurusan Harta dalam kehidupan dan menjadikan MAIS rujukan utama dalam pengurusan harta.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor