MAIS TERIMA KUNJUNGAN KEDUTAAN REPUBLIK TURKI
MAIS TERIMA KUNJUNGAN KEDUTAAN REPUBLIK TURKI
SHAH ALAM, 6 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan dari Kedutaan Republik Turki yang diketuai oleh Dr. Ibrahim Altan, Presiden Red Crescent Turkiye.
Lawatan disambut mesra oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim di samping menjalinkan kerjasama yang bersesuaian dengan MAIS terutama isu-isu kemanusiaan.
Antara lain Dr. Ibrahim Altan berkongsi perkembangan semasa keadaan negaranya yang diharapkan dapat dimanfaatkan bersama MAIS dan agensi dan anak syarikat yang berkaitan.
Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dengan Kedutaan Republik Turki.
Turut serta dalam perbincangan ialah Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS dan Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS.
Sulh adalah konsep penyelesaian pertikaian dalam Islam yang menggalakkan keamanan...
SHAH ALAM, 22 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM 19 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Sumber imej: Harian Metro Solat merupakan satu ibadah yang diperintahkan...
Iftar perdana dan penghargaan pencapaian penilaian Had Ta’lif muallaf 2024...