TAKLIMAT AGIHAN FIDYAH MAIS BERSAMA GURU BESAR DAN PENGETUA SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH SEPANG
SEPANG, 3 NOVEMBER – Alhamdulillah, satu taklimat Agihan Fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah diadakan bersama Guru Besar/Pengetua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Sepang di Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Sepang yang melibatkan 35 buah sekolah kebangsaan dan 15 Sekolah Menengah Kebangsaan. Tujuan taklimat adalah bagi memberikan penerangan kepada sekolah berkaitan perkhidmatan-perkhidmatan Agihan Fdiyah yang ditawarkan oleh MAIS seperti bantuan Kotak Makanan Asas, Dapur Fidyah dan bantuan Tunai Fidyah berdasarkan kriteria yang layak untuk dipohon. Sasaran bantuan adalah kepada kakitangan sekolah dan ketua keluarga pelajar-pelajar yang fakir dan miskin serta miskin sementara akibat hilang pekerjaan, pengurangan gaji, cuti tanpa gaji dan lain-lain yang menepati syarat kelayakan. Semoga melalui usaha ini, lebih ramai umat Islam yang memerlukan sumbangan fidyah dapat disalurkan dengan segera dan menepati keperluan. Kepada masyarakat yang ingin menunaikan fidyah boleh selesaikan di MAIS melalui link di sini: http://fpxv2.mais.gov.my/ SETIAUSAHA MAIS LAWAT PUSAT PENGAJIAN PONDOK BUSTANUL ARIFFIN DAN RUMAH MANGSA BANJIR, DAPATKAN STATUS TERKINI BAIK PULIH BANTING, 12 Julai – Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),… Berita Penuh July 12, 2023 QURBAN MANIFESTASI KETAATAN KEPADA ALLAH YANG MAHA ESA Pada setiap tanggal 10 Dzulhijjah pada setiap tahun, semua umat… Berita Penuh July 10, 2023 PROGRAM LE TOUR PROGRAM TURUN PADANG MAIS KE KG. ORANG ASLI ULU MELAKA, SERENDAH SEMPENA BULAN MUALLAF TAHUN 2023 SERENDAH, 8 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh July 10, 2023 PROGRAM LE TOUR D’MASJID – MASJID TAMAN SERI MUDA, SEK. 25, SHAH ALAM SHAH ALAM, 6 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh July 10, 2023 PROGRAM PENCEGAHAN MASALAH SOSIAL REMAJA “REMAJA BERWAWASAN” TAHUN 2023 2 Julai, Banting – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh July 4, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor