PENGERUSI MAIS SOKONG USAHA ERAT SILATURAHIM BERSAMA PIMPINAN PEMBAYAR ZAKAT
PENGERUSI MAIS SOKONG USAHA ERAT SILATURAHIM BERSAMA PIMPINAN PEMBAYAR ZAKAT
SHAH ALAM, 5 Nov – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Yang Amat Dihormati Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof memberikan sokongan terhadap penganjuran program yang dikenali sebagai CEO Run anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang diadakan di Taman Botani Negara, Shah Alam, hari ini.
Program yang bertujuan mengeratkan silaturahim antara MAIS, LZS dan agensi di bawah MAIS bersama pimpinan tertinggi organisasi pembayar zakat di Selangor.
Menurut Pengerusi MAIS, program santai dan riadah ini adalah salah satu usaha yang baik dan wajar diadakan pada setiap tahun. Program seperti ini dapat mengeratkan silaturahim dan saling mengenali di antara pimpinan organisasi.
“Semoga dengan jalinan erat ini, mereka akan terus menjadi pembayar zakat setia di Selangor dan terus menyokong LZS (egensi di bawah MAIS) sebagai organisasi yang menguruskan kutipan dan agihan zakat di Selangor,” ujarnya yang turut menyertai larian.
Seramai 200 orang peserta dianggarkan menyertai program ini melibatkan kategori VIP untuk larian 1 km dan 5 km untuk wakil organisasi pembayar zakat.
Turut hadir Yang Amat Mulia Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Jamalullail, Pengerusi LZS;
Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha Operasi MAIS; Encik Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Ketua Pegawai Eksekutif LZS; Encik Nur Mohd Razali Abdullah, Pengurus Besar YIDE dan Encik Mohd Hasnul Redza Abdul Rahim, Pengurus Besar TERAS.
Antara agensi yang turut serta ialah MAIS, Pejabat DYMM Sultan Selangor, Menteri Besar Integrated, Worldwide Holding Sdn Yayasan Islam Darul Ehsan, Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd dan Kumpulan Peransang Bhd.
Sumber imej: Faiz Zaki/Shutterstock Kemerdekaan merupakan salah satu nikmat Allah...
SHAH ALAM, 4 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Hulu Yam Baru, 29 Ogos – Biarpun mereka merupakan pelatih...
Shah Alam – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima lawatan...
KLANG, 27 Ogos – Pihak MAIS melalui unit Baitulmal Daerah...