AGIHAN FIDYAH MAIS RM111,480.00 DIAGIH KEPADA 929 PENERIMA YANG LAYAK
AGIHAN FIDYAH MAIS RM111,480.00 DIAGIH KEPADA 929 PENERIMA YANG LAYAK
4 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM111,480.00 kepada golongan penerima yang memerlukan.
Terdapat 38 tempat agihan iaitu semuanya di Daerah Petaling, Sepang, Gombak, Hulu Langat dan Kuala Selangor dengan jumlah 929 orang penerima barangan kotak makanan kering dengan nilai RM111,480.00 yang layak menerima bantuan fidyah MAIS berupa set makanan kering seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan susu.
Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSFM) antaranya SK Padang Jawa, SK Seksyen 7 Shah Alam, Kolej Vokasional Shah Alam, SK Seksyen 18 Shah Alam, SK Jaya Setia Bestari Jaya, Masjid Al-Falah Rawang, Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Munawwarah Sg. Buloh, Maahad Tahfiz At-Tayyibah Dengkel dan lain-lain lokasi.
MAIS juga melalui Bahagian Pengurusan Harta Baitulmal turut menyantuni seorang waris iaitu Balu kepada seorang Muallaf yg telah meninggal dunia. MAIS telah membantu beliau dalam menguruskan harta pusaka suaminya serta menyampaikan agihan fidyah kotak makanan kering asasi kerana beliau telah terputus sementara pendapatan akibat kematian suami.
Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.
Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS. Sila klik pautan ini http://fpxv2.mais.gov.my/
Pendahuluan Secara asasnya, Allah SWT menjadikan manusia hidup secara berpasangan...
Kuala Lumpur, 3 Disember-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor...
SHAH ALAM-Seramai enam orang pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 3...
KUALA LANGAT,30 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...