MAIS SUMBANG RM200 RIBU KEPADA JAKESS, BANTU PELAKSANAAN HAKAM DI NEGERI SELANGOR
SHAH ALAM, 16 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyerahkan sumbangan berjumlah RM200,000.00 kepada Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) bagi membantu pelaksanaan Hakam di Negeri Selangor. Majlis penyerahan simbolik replika cek MAIS disampaikan oleh Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS kepada YAA Dato’ Mohammad Adib Husain, Ketua Hakim Syarie JAKESS di sini. Sumbangan yang menggunakan peruntukan baitulmal itu bertujuan untuk menampung segala kos yang bersangkutan dengan pelaksanaan fungsi, elaun dan tadbir urus Hakam Negeri Selangor. Jawatankuasa Hakam Negeri Selangor telah ditubuhkan oleh MAIS berdasarkan kepada Kaedah 21, Kaedah-Kaedah Hakam Negeri Selangor. Antara fungsi Jawatankuasa ini adalah mencadangkan pelantikan anggota Panel Hakam yang bertanggungjawab menamatkan syiqaq (perselisihan) antara suami dan isteri dengan cara mendamaikan  atau memisahkan kedua-duanya. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab menasihati MAIS dalam menentukan perkara berkaitan pelaksanaan hakam yang dilaksanakan menurut Kaedah-Kaedah Hakam (Negeri Selangor) 2004. Seramai 62 orang anggota Panel Hakam Selangor sejak tahun 2015 sehingga 2022 telah dilantik oleh MAIS dan anggota panel tersebut telah menjalankan tugas mereka sebagai Hakam bagi mengendalikan kes-kes perceraian dan pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Selangor. Secara keseluruhan, MAIS telah menyumbang sebanyak RM700,000.00 pada tahun ini bagi membantu pelaksanaan Hakam Negeri Selangor. MAIS berharap agar sumbangan ini dapat membantu pelaksanaan Hakam khususnya di Negeri Selangor bagi memastikan fungsi dan jawatankuasa tersebut dapat dilaksanakan dengan baik. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor