MAIS DAN YIDE SALURKAN SUMBANGAN KEPADA PETUGAS KEJADIAN TANAH RUNTUH, BATANG KALI
MAIS DAN YIDE SALURKAN SUMBANGAN KEPADA PETUGAS KEJADIAN TANAH RUNTUH, BATANG KALI
Batang Kali, 17 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) hari ini turun ke lokasi kejadian tanah runtuh bagi menyalurkan sumbangan makanan kering kepada hampir 400 orang petugas-petugas yang sedang dalam misi operasi menyelamat.
MAIS diwakili oleh Encik Zaharudin Salim, Ketua Audit Dalam dan Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial turun menyalurkan sumbangan kepada petugas-petugas agensi keselamatan yang terlibat.
Sebelum itu, kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 16 Disember lalu telah mengorbankan hampir 23 orang nyawa terdiri daripada dewasa dan kanak-kanak.
Turut hadir ke lokasi kejadian ialah YDM Engku Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Raja Dato’ Muzaffar Raja Redzwa, En. Azizan Mat Hashim, Penolong Pegawai Daerah Hulu Selangor yang mewakili Pegawai Daerah; Encik Md Arifin Jaafar, Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan & Publisiti mewakili YIDE.
Kita doakan agar mereka yang ditimpa musibah kejadian tanah runtuh ini dapat ditemukan segera dan keluarga mangsa tabah dan sabar dengan ujian yang menimpa.
Sesungguhnya yang dikatakan Sahabat Rasulullah SAW ialah mereka yang hidup...
SHAH ALAM, 4 Disember 2023 – Duli Yang Maha Mulia...
SHAH ALAM, 4 Disember 2023 – Duli Yang Maha Mulia...
Alhamdulillah, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) selaku tuan rumah bagi penganjuran...
Hulu Selangor, 2 Disember 2023, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...