AGIHAN FIDYAH MAIS RM132,120.00 DIAGIH KEPADA 1101 PENERIMA YANG LAYAK
10 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM132,120.00 kepada golongan penerima yang memerlukan. Terdapat 8 tempat agihan iaitu semuanya di Daerah Hulu Selangor dan Kuala Selangor dengan jumlah 1101 orang penerima barangan kotak makanan kering dengan nilai RM132,120.00 yang layak menerima bantuan fidyah MAIS berupa set makanan kering seperti Beras, Minyak Masak, Bihun, Gula, Tepung Gandum, Kicap Manis dan Susu Pekat Manis. Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) antaranya Sekolah Agama Menengah Nurul Iman, SJKC Pui Teh Jeram, SK Bukit Belimbing, SK Dato’ Maharaja Lela, PENGASIH Malaysia Negeri Selangor, SK Desa Aman Sg. Buloh, Pertubuhan Mercy Mision Kampung Titiwangsa Kerling dan lain-lain lokasi. Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua. Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS. Sila klik pautan ini http://fpxv2.mais.gov.my/ SETIAUSAHA MAIS LAWAT PUSAT PENGAJIAN PONDOK BUSTANUL ARIFFIN DAN RUMAH MANGSA BANJIR, DAPATKAN STATUS TERKINI BAIK PULIH BANTING, 12 Julai – Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),… Berita Penuh July 12, 2023 QURBAN MANIFESTASI KETAATAN KEPADA ALLAH YANG MAHA ESA Pada setiap tanggal 10 Dzulhijjah pada setiap tahun, semua umat… Berita Penuh July 10, 2023 PROGRAM LE TOUR PROGRAM TURUN PADANG MAIS KE KG. ORANG ASLI ULU MELAKA, SERENDAH SEMPENA BULAN MUALLAF TAHUN 2023 SERENDAH, 8 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh July 10, 2023 PROGRAM LE TOUR D’MASJID – MASJID TAMAN SERI MUDA, SEK. 25, SHAH ALAM SHAH ALAM, 6 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh July 10, 2023 PROGRAM PENCEGAHAN MASALAH SOSIAL REMAJA “REMAJA BERWAWASAN” TAHUN 2023 2 Julai, Banting – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh July 4, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor