MAIS TERIMA LAWATAN DARI JABATAN BANTUAN GUAMAN MALAYSIA (JBGM)
MAIS TERIMA LAWATAN DARI JABATAN BANTUAN GUAMAN MALAYSIA (JBGM)
SHAH ALAM, 10 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan dari Jabatan Bantuan Guaman Malaysia (JBGM).
Delegasi seramai tujuh orang diketuai oleh Dato’ Wan Jeffry Kasim, Ketua Pengarah JBGM disambut mesra oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS.
Antara lain dalam lawatan adalah bertujuan mewujudkan cadangan kolaborasi antara JBGM dan MAIS terutama bagi menambahbaik penyampaian perkhidmatan bantuan guaman di Negeri Selangor dalam pengendalian kes-kes syariah.
Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS turut berkongsi maklumat pengurusan wasiat dan hibah MAIS kepada delegasi JBGM.
“Semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat terutama dalam menambahbaik penyampaian perkhidmatan bantuan guaman kepada masyarakat amnya,”kata Pengerusi MAIS.
Turut hadir mewakili MAIS ialah Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS dan Puan Norlaili Mohamad, Pemangku Penasihat Undang-Undang MAIS.
SHAH ALAM, 4 Disember 2023 – Duli Yang Maha Mulia...
SHAH ALAM, 4 Disember 2023 – Duli Yang Maha Mulia...
Alhamdulillah, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) selaku tuan rumah bagi penganjuran...
Hulu Selangor, 2 Disember 2023, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM, 30 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...