MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1444H/2023M
PULAU PINANG, 16 Julai – Majlis Tilawah dan Menghafaz Al Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1444H/2023M telah melabuhkan tirainya pada 16 Julai 2023 setelah berlangsung selama enam (6) hari di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth, Pulau Pinang bermula 11 hingga 16 Jun 2023. Beberapa kategori telah dipertandingkan dan antaranya ialah Qari, Qariah, Hafazan Majlis Tilawah dan Hafazan Al Quran. Peserta dari Negeri Selangor yang telah mencapai kemenangan iaitu tempat kedua kategori Tilawah Al Quran disandang oleh Nor Ruzana Natiah Jaafar, Bahagian Qariah dan tempat ketiga bagi kategori Hafazan tahap 1-30 juzuk beserta tarannum Hafiz dan Hafizah pula disandang oleh Muhammad Izzul Afnan Sazali dan Wan Busyra Wan Mohamad Noor. Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan YABhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd Nor. Turut hadir YB Senator Menteri Agama, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ketua Pengarah JAKIM dan Timbalan Pengarah JAKIM serta wakil Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri. MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1444H/2023M Alhamdulillah selesai agihan fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi… Berita Penuh June 19, 2023 HARI INI 560 KELUARGA SEKITAR DAERAH PETALING, KLANG, GOMBAK, SABAK BERNAM & KUALA SELANGOR DIBANTU Alhamdulillah selesai agihan fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi… Berita Penuh June 19, 2023 KAUNTER BAITULMAL MAIS SEMPENA HR MONTH 2023 ANJURAN PERODUA HQ 15 Jun 2023 – Bersempena HR Month 2023 anjuran Perodua… Berita Penuh June 19, 2023 SEMINAR MUAMALAT 2023, RANCANG HARTA, URUS PUSAKA Bangi, 13 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh June 14, 2023 BAITULMAL MAIS SAMPAIKAN CERAMAH BERKAITAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA, WASIAT DAN HIBAH 9 Jun 2023 – Baitulmal MAIS meneruskan meneruskan aktiviti dakwah… Berita Penuh June 12, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor