MAIS MENGADAKAN MESYUARAT JAWATANKUASA LEMBAGA PELAWAT BAITUL EHSAN BIL 2/2023
MAIS MENGADAKAN MESYUARAT JAWATANKUASA LEMBAGA PELAWAT BAITUL EHSAN BIL 2/2023
Sabak Bernam, 9 Mei – Majlis Agama Islam Selangor telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Pelawat Baitul Ehsan Bil 2/2023 pada 6 Mei 2023 bagi membincangkan pelaksanaan program di Baitul Ehsan untuk sukuan ketiga & keempat tahun 2023.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Salasiah Hanin Hamjah, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, University Kebangssa Malaysia
Mesyuarat ini dilaksanakan bagi membincangkan program-program yang akan dilaksanakan kepada pelatih-pelatih Baitul Ehsan supaya mereka diberi pendedahan kekuatan dan semangat membina keyakinan diri dalam kehidupan.
Turut hadir Puan Nazatushima Osman, Penguasa Baitul Ehsan, Puan Wan Zubaidah Wan Salleh, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Sabak Bernam, Puan Norafiza Ismail, Wakil AADK Sabak Bernam dan En. Mohd Hairi Jelani, Penghulu Mukim Sabak
Semoga usaha untuk memastikan pemulihan asnaf riqab terutama di Pusat perlindungan bawah seliaan Majlis Agama Islam Selangor dilaksanakan secara holistik selaras dengan hukum syarak.
SHAH ALAM, 14 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 16...
CERAMAH: TAKLIMAT PENGURUSAN HARTA SEBELUM DAN SELEPAS KEMATIAN DI MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR
KUALA SELANGOR, 13 DIS -.Pihak MAIS melalui unit Baitulmal Daerah...
KELANTAN – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas di...
KELANTAN – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas di...