BENGKEL PENYELARASAN PELAKSANAAN MAHRAJAN AMAL ISLAMI MUALLAF PERINGKAT KEBANGSAAN
Pulau Pinang, 16 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah dijemput hadir bagi menyertai Bengkel Penyelarasan Pelaksanaan Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Kebangsaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pendaftar Muallaf Seluruh Malaysia Bil. 1/2023 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). MAIS diwakili oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dan Ustazah Hafizatul Akmal Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK. Bengkel dilaksanakan bersama Persidangan Muallaf Seluruh Malaysia yang melibatkan seramai 50 orang peserta di kalangan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN), Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) dan Lembaga Zakat Negeri-Negeri. MAIS dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dijemput selaku agensi yang menguruskan muallaf di Negeri Selangor. Objektif bengkel diadakan adalah untuk menyelaraskan Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Pelaksana dan jawatankuasa-jawatankuasa lain yang terlibat dengan pelaksanaan Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Kebangsaan. Semoga program Mahrajan Amal Islami Muallaf ini dapat melahirkan muallaf-muallaf yang akan menjadi contoh dan pelapis di masa akan datang. BENGKEL PENYELARASAN PELAKSANAAN MAHRAJAN AMAL ISLAMI MUALLAF PERINGKAT KEBANGSAAN KLANG, 19 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh June 23, 2023 PROGRAM PEMBIMBING RAKAN KOMUNITI (KATEGORI ALUMNI DADAH) “PENCARIAN DA’IE” FASA 1 TAHUN 2023 KLANG, 19 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh June 23, 2023 HARI BERSAMA BAITULMAL MAIS DI MASJID AN NUR SAUJANA UTAMA, SUNGAI BULOH Sungai Buloh, 16 Jun 2023 – Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh June 19, 2023 MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1444H/2023M PULAU PINANG, 16 Julai – Majlis Tilawah dan Menghafaz Al… Berita Penuh June 19, 2023 HARI INI 560 KELUARGA SEKITAR DAERAH PETALING, KLANG, GOMBAK, SABAK BERNAM & KUALA SELANGOR DIBANTU Alhamdulillah selesai agihan fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi… Berita Penuh June 19, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor