Berita MAIS

MAIS TERIMA LAWATAN MAIK
SHAH ALAM, 7 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima kunjungan dari Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) diketuai oleh Puan Norhasmiza Mt Zain, Pegawai Teknologi Maklumat MAIK. Lawatan bertujuan untuk berkongsi pengalaman operasi sistem yang digunapakai oleh MAIS terutama yang melibatkan Digital Document Management System (DDMS) dan Tatacara Pengurusan Fail. Perbincangan lawatan dipengerusikan oleh Encik Suhaimi Ismail, Pengarah Khidmat Pengurusan MAIS. Pelbagai persoalan dan buah fikiran dilontarkan sepanjang sesi perbincangan diadakan dan diharapkan perjumpaan seumpama ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan MAIK. Antara yang hadir dalam perbincangan ini adalah Puan Siti Jalilah Mohd Tubin, Ketua Bahagian Pentadbiran MAIS dan Encik Zulkefli Badur, Eksekutif Bahagian Pentadbiran MAIS. #mais #menjunjungamanah MAIS TERIMA LAWATAN MAIK SHAH ALAM, 5 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh March 7, 2024 MAIS SERAH SUMBANGAN RM3 JUTA KEPADA 21 PENERIMA MANGSA BANJIR SHAH ALAM, 5 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh March 5, 2024 MAIS ANJUR PROGRAM TAUTAN MAHABBAH KOMUNITI DISAYANGI TAHUN 2024 SHAH ALAM, 3 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh March 3, 2024 KUNJUNGAN MAIS KE IBU PEJABAT TABUNG HAJI (TH) Kuala Lumpur, 1 Mac 2024 – Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh March 1, 2024 AGIHAN FIDYAH MAIS TAHUN 2024 BERJUMLAH RM87,639.00 DIAGIH KEPADA 393 PENERIMA YANG LAYAK 29 Feb – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meneruskan lagi… Berita Penuh February 29, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor