KUNJUNGAN MAIS KE IBU PEJABAT TABUNG HAJI (TH)

KUNJUNGAN MAIS KE IBU PEJABAT TABUNG HAJI (TH)

430018462 783777220334146 2971962820536270986 n
Kuala Lumpur, 1 Mac 2024 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal menerima jemputan ke Ibu Pejabat TH pada Jumaat yang lepas.
Jemputan tersebut bertujuan mengadakan perbincangan berkaitan kerjasama yang dapat dijalinkan melalui produk wasiat yang ingin diketengahkan melalui sistem THJari dalam menguruskan harta pusaka pendeposit TH secara sistematik.
 
MAIS yang diwakili oleh Ustaz Hj. Mohammad Salleh bin Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah dan Pemasaran diiringi Ustaz Mohamad Aizat bin Vandan, Eksekutif Pemasaran MAIS.
 
Kehadiran pihak Mais disambut mesra oleh Tuan Haji Mohd Ridzuan bin Wahi, Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Deposit Lembaga Tabung Haji dan seterusnya mempengerusikan perbincangan tersebut.
Turut hadir bersama adalah Datin Musalimah binti Mustafa, Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaan & Inovasi Jabatan Operasi Lembaga Tabung Haji dan Haji Ezfarul Mohd Fauzee Kamarul Azman, Bahagian Pengurusan Deposit.
 
Semoga dengan perbincangan ini akan dapat membantu masyarakat Islam umumnya dalam pengurusan harta dengan lebih baik dan sistematik.
Rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat dan hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian :
 
Info lanjut, sila layari :
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor