MAIS ANJUR PROGRAM TAUTAN MAHABBAH KOMUNITI DISAYANGI TAHUN 2024

MAIS ANJUR PROGRAM TAUTAN MAHABBAH KOMUNITI DISAYANGI TAHUN 2024

431364181 784792793565922 7730278473929401674 n
SHAH ALAM, 3 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Al Riqab menganjurkan Program Tautan Mahabbah Komuniti Disayangi Tahun 2024 pada 1-3Mac 2024 yang lalu.
 
Antara objektif program ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan pemulihan dalam diri asnaf riqab ini di samping membina hubungan baik antara asnaf riqab yang pernah mengikuti program-program serta kelas pengajian anjuran Bahagian Pemulihan Ar Riqab sebelum ini.
 
Selain itu, program ini juga turut memfokuskan kepada pengukuhan sifat kepimpinan yang ada dalam diri serta menyemarakkan lagi keyakinan dalam berkomunikasi bagi menyampaikan dakwah.
Seramai 36 orang peserta dari kalangan asnaf riqab komuniti yang disayangi terlibat dalam program ini.
 
Program ini juga mendapat kerjasama dari Konsultan Teraju Minda Resources.
Antara penceramah yang mengisi slot perkongsian ilmu dalam program ini adalah Ustaz Muhammad Salleh Saha, Ketua Bahagian Dakwah & Pemasaran MAIS, Ustaz Saiful Hadi Baharin, Juara Qari Junior TV3 dan Encik Ahmad Badli Badaruddin, motivator bertauliah.
 
Disamping itu juga, peserta juga berpeluang mengikuti slot latihan dalam kumpulan serta pelbagai aktiviti interaktif yang penuh dengan pengisian ilmiah.
 
Perasmian penutup disempurnakan oleh Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Ketua Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS. Dalam ucapannya, beliau turut memuji komitmen yang diberikan oleh peserta sepanjang program ini. Selain itu, peserta juga dinasihatkan agar terus istiqamah untuk berubah ke jalan yang diredhai olehnya.
 
Para peserta rata-ratanya berpuas hati dengan pengisian program ini dan berharap agar lebih banyak lagi program seperti ini diadakan.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor