MAIS SERAH SUMBANGAN RM3 JUTA KEPADA 21 PENERIMA MANGSA BANJIR

MAIS SERAH SUMBANGAN RM3 JUTA KEPADA 21 PENERIMA MANGSA BANJIR

431617766 783764763668725 5770551264946566384 n
SHAH ALAM, 5 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyerahkan sumbangan banjir berjumlah RM3 juta kepada 21 penerima yang terkesan dengan banjir di Negeri Selangor hasil manfaat sumbangan dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam Majlis yang dikenali sebagai Sentuhan Kasih MAIS bersama MAIWP di sini hari ini.
 
Majlis simbolik penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS.
 
Daripada 21 penerima, 20 penerima adalah sumbangan bina rumah baru dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.86 juta melibatkan mangsa-mangsa banjir dalam kalangan asnaf zakat yang terkesan di daerah-daerah Negeri Selangor iaitu daerah Sepang (6 unit), daerah Klang (4 unit), daerah Petaling (3 unit), dan daerah Hulu Langat (7 unit).
 
Manakala lebihan sebanyak RM1.12 juta adalah bagi membantu baik pulih bangunan warden dan asrama serta bangunan lama di Pusat Pengajian Pondok Bustanul Ariffin, Kampong Labohan Dagang.
Selain simbolik serahan sumbangan, turut diadakan serahan laporan keseluruhan Sumbangan Sentuhan Kasih MAIS kepada pihak pihak MAIWP dan lawatan ke sekitar Bangunan Pusat Pengajian Asrama yang telah siap dibaik pulih.
 
Sumbangan yang diberikan oleh MAIWP ini menjadi tanggungjawab MAIS bagi merealisasikan hasrat mereka untuk membantu mangsa-mangsa yang terkesan dengan banjir di Negeri Selangor pada tahun 2021 yang lalu.
 
MAIS mengucapkan penghargaan terima kasih kepada pihak MAIWP kerana prihatin kepada mangsa-mangsa banjir di Negeri Selangor serta menyumbang bantuan kewangan kepada golongan sasar seperti asnaf zakat yang memerlukan.
 
Turut hadir ialah Yang Dimuliakan Tengku Dato’ Mohamed Alhaj Tengku Harun, Tengku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Kuala Langat; Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Anggota MAIS; Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) merangkap Setiausaha MAIWP dan Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor