MAIS TERIMA LAWATAN MAIK

MAIS TERIMA LAWATAN MAIK

431406046 784807966897738 8434594975071539396 n
SHAH ALAM, 7 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima kunjungan dari Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) diketuai oleh Puan Norhasmiza Mt Zain, Pegawai Teknologi Maklumat MAIK.
 
Lawatan bertujuan untuk berkongsi pengalaman operasi sistem yang digunapakai oleh MAIS terutama yang melibatkan Digital Document Management System (DDMS) dan Tatacara Pengurusan Fail.
 
Perbincangan lawatan dipengerusikan oleh Encik Suhaimi Ismail, Pengarah Khidmat Pengurusan MAIS.
 
Pelbagai persoalan dan buah fikiran dilontarkan sepanjang sesi perbincangan diadakan dan diharapkan perjumpaan seumpama ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan MAIK.
 
Antara yang hadir dalam perbincangan ini adalah Puan Siti Jalilah Mohd Tubin, Ketua Bahagian Pentadbiran MAIS dan Encik Zulkefli Badur, Eksekutif Bahagian Pentadbiran MAIS.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor