MAIS SERTAI KONVENSYEN BAITULMAL KEBANGSAAN 2024

MAIS SERTAI KONVENSYEN BAITULMAL KEBANGSAAN 2024

429671458 18404694613064155 1489573075530975156 n
MELAKA 7 Mac – MAIS melalui Sektor Baitulmal telah dijemput untuk menyampaikan pembentangan dan menjadi panel forum dalam Konvensyen Baitulmal Kebangsaan pada 6 dan 7 Mac 2024 bertempat di Hotel Hatten, Melaka Bandaraya Bersejarah.
 
Konvensyen ini dianjurkan oleh Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Yayasan Wakaf Malaysia dan Majlis Agama Islam Melaka.
 
Seramai hampir 400 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, agensi kutipan zakat negeri, pensyarah-pensyarah IPTA/IPTS, agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun telah hadir sepanjang 2 hari konvensyen diadakan.
 
Konvensyen Baitulmal Kebangsaan ini telah dirasmikan oleh YB Senator Dato Setia Hj Mohd Naim bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan perasmian penutup oleh YAB Dato Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
 
Sepanjang konvensyen berlangsung, sebanyak 6 kertas pembentangan telah dibentangkan dan diakhiri oleh forum. MAIS yang diwakili oleh Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal telah membentangkan kertas bertajuk Peraturan-Peraturan Baitulmal Sebagai Teras Pemerkasaan Hasil dan Amanah kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan telah menjadi ahli panel bertajuk Baitulmal: Apa Sumbangannya kepada Malaysia Madani.
 
Turut hadir ke konvensyen ini adalah Dr Hj Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS dan Pn Hjh Norzaihan binti Mohd Zain, Timb. Setiausaha (Operasi) MAIS.
Semoga penganjuran konvensyen ini akan membuka percambahan minda ke arah menjadikan institusi Baitulmal sebagai institusi unggul dan terbilang dalam mentadbir dana dan harta umat Islam.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor