Berita MAIS

PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS
Shah Alam, 22 April – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam MAIS, YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, diteruskan dengan mengadakan lawatan ke pejabat Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor hari ini. Program turun padang selama sehari ini dimulakan dengan lawatan ke Bangunan Sultan Idris Shah. Antara Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor yang terlibat dalam lawatan hari ini ialah Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS); pejabat Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI); pejabat Pengarah JAIS; pejabat Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS), pejabat Sektor Ekonomi MAIS dan pejabat Perbadanan Wakaf Selangor (PWS); Bahagian Undang-Undang MAIS dan pejabat Jabatan Mufti Negeri Selangor. Program berakhir di pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor di Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah dan perkongsian perkembangan aktiviti jabatan tersebut.Antara pengisian dalam lawatan ialah perkongsian taklimat ringkas pentadbiran dan situasi semasa di setiap Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor yang terlibat. Sementara itu, Pengerusi MAIS dalam ucapannya berkata, beliau mengharapkan agar hubungan baik antara semua Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor dapat dikekalkan. “Saya mengharapkan agar semua pegawai Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor sentiasa menjaga nama baik dan bekerjasama dalam semua perkara terutama yang melibatkan hal ehwal Islam,”katanya. Turut hadir Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS, barisan pengurusan tertinggi MAIS dan barisan pengurusan tertinggi Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor. #mais #menjunjungamanah PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS Shah Alam, 22 April – Program turun padang Pengerusi Majlis… Berita Penuh April 22, 2025 PENGERUSI MAIS TURUT HADIR MAJLIS PENYEMPURNAAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 1446 HIJRAH SHAH ALAM 20 April-YAD Senator Dato Setia Haji Salehuddin bin… Berita Penuh April 20, 2025 MAIS SUMBANG RM103,100.00 KEPADA 30 PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN Shah Alam, 19 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 19, 2025 PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS SERENDAH, 18 April – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama… Berita Penuh April 18, 2025 MAIS TERIMA SUMBANGAN WAKALAH DARI PERBADANAN HARTANAH BERHAD SHAH ALAM, 15 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 15, 2025 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor